Surah
Rujukan :
(إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ
نَسْتَعِينُ)
[Surat Al-Fatiha 5]
Tafsir:
Pada Kamu saja Allah aku
sembah dan pd Allah aku minta penyelesaian masaalah dan sempurna hajat
Tafsir “ iyyaka
nakbudu....” - surah az zumar.
Tafsir surah az zumar - surah Hud.
Maksud az zumar ialah
ayat 3 nya. Ugama itu milik Allah saja.
Kekeliruan dalam ibadat
ialah sambungan ayat 3 itu.
Tafsir wa iyya kanas ta
in... -Haamim 7 bermula
Al Ghafir atau Al
mukmin - Al Fussilat atau haamin
sejadah, As Syura ,Az Zuhruf, Ad Dhukhan, Al Jaasiat, Al Ahqaf.
Tafsir 7 haamim itu - surah Yunus.
Tafsir 7 haamim itu - surah Yunus.
Maksud sempurna doa
ialah surah Mariam
Maksud haamim 7 ialah :
'berdoalah dgn tulus ikhlas pd Allah saja walaupun org kafir tak suka' -Ayat 14: al ghafir-
'berdoalah dgn tulus ikhlas pd Allah saja walaupun org kafir tak suka' -Ayat 14: al ghafir-
Iaitu
'AKU BERSUMPAH, BERIKRAR, BERJANJI,
TIADA LAGI PERANTARAAN DALAM BERDOA
MELAINKAN PADA KAMU SAHAJA ALLAH TUHAN KU'
'AKU BERSUMPAH, BERIKRAR, BERJANJI,
TIADA LAGI PERANTARAAN DALAM BERDOA
MELAINKAN PADA KAMU SAHAJA ALLAH TUHAN KU'
Ustaz
:
Bagaimana dengan solat
hajat yang kita buat dengan meminta imam-imam ustaz-ustaz dan guru-guru bersama
dengan jemaah masjid. Kita beritahu mereka akan hajat-hajat yang kita
kehendaki? Sambil buat makan dan beri upah kepada mereka. Apakah kita benar
dalam ibadat ini?
Malam tadi dalam ikrar
kita pd Allah. Aku berjanji berikrar bersumpah pd Mu Tuhan ku.
Bahawa tiadalah lagi
perantara dalam ibadat doa melainkan pd Mu saja Allah
Sekarang pula saya tanya
awak semua bagaimana dgn solat hajat yg kita suruh org lain buat utk kita.
Ustaz2 guru2 imam2 buat
utk kita. Kita pula buat kenduri sempena usaha solat mrk utk kita.
Kita beri pula upah pd
mrk. Kenapa ni???
Seolah2 apa yg kita
bincang semalam tak berlaku.
(وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي
أَسْتَجِبْ لَكُمْ ۚ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ
جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ)
[Surat Ghafir 60]
Maksudnya:
Dan berkata Tuhan kamu,
berdoalah pd Aku saja. Aku akan makbul doa kamu.
Allah suruh kita berdoa
terus pd Dia saja. Dia akan makbul doa kita. Sesungguhnya org2 yg sombong dalam
ibadat doa nya pd Aku saja. Aku akan masukkan dia ke dlm neraka jahannam dgn
hina dina.
Nah berdoa dgn guna
perantara adalah bidaah krn nabi tak ajar. Buat doa berperantara begini sebagai
tawasul org alim pd kita org jahil adalah syirik pd Allah. Knp kita buat?
Kita dah doa dah kata
kita. Tapi mrk2 ni, org2 yg hampir pd Allah. Jika kita guna mrk doa kita akan
dpt hampir pd Allah. Doa kita jadi makbul...
Beginilah cara kristian
bila berdoa. Mrk suruh paderi utk doa utk mrk. Begitu juga hindu suruh tok sami
minta pd dewa. Dewa minta dgn Allah. Budha suruh tok Ca utk doa pd mrk. Sikh
suruh paisam tok imam mrk baca doa. Syiah suruh ustaz2 mrk baca doa. Habib2
suruh ustaz2 mrk baca doa. Semua nya perlu bayar duit selepas itu. Jika kita
buat gitu maka kita pun serupa dgn kristian hindu budha sikh syiah habib2. Semua
mrk2 ni kufur pd Allah. Kita???????? Tak kufur kalau buat!!!!... Wallahuaklam
Soalan : mohon dibetulkan, sya belajar
tawassul yg syar'i itu 1. tawassul dengan amal soleh, 2. tawassul dengan asma
alhusna, 3. tawassul dengan org soleh yg masih hidup...?
Ustaz : Apa yg di sebut di atas itu tawasul
dgn ibadat, dgn iman, dgn amal soleh ada ayat quran dan ada hadis. Jadi kita
dah ikut ajaran nabi lah bab itu
Yang saya sebut tidak dibolehkan ialah tawasul atau
perantara dgn makhluk. Imam2 ustaz2 dan guru2.
Soal : Kalimah syahadah malam tadi
berjanji utk ikut nabi?
Ustaz : Benar. Kita janji tiada perantara
dalam ibadat zikir doa munajat dan berjanji pula nak ikut ajaran nabi saw.
CARA
BERDOA TANPA PERANTARA:
Malam tadi ada sorg drp
group ini minta saya ajar nya berdoa di atas satu masaalah nya. Begini cara
berdoa.
Katakan awak ada anak
lelaki yg jahat. Suka bertumbuk. Suka berkawan dgn budak2 jahat. Selalu mencuri
duit awak. Satu hari dtg satu org kawan baiknya yg memang budak itu baik. Dia
kata pakcik2. Anak pakcik suruh pakcik beri duit utk nya krn sesuatu hajat dia.
Dia suruh saya tolong ambil dgn pakcik. Mahukah awak memberi duit itu pd anak
awak melalui kawannya? Tentu tak bagi kan?
Tapi kalau dia dtg jumpa
awak lalu kata. Ayah. Saya ni telah curi duit ayah pd sekian2 hari. Saya
bertumbuk , saya berkawan dgn budak2 jahat. Saya tak solat.
Saya nak jadi anak baik
ayah. Saya minta maaf ayah atas segala dosa saya pd ayah mak dan lain2.
Dia pun kata . Ayah saya
nak minta duit ayah. Saya nak guna utk itu ini. Awak nak beri tak?? Tentu beri
kan!!
Soalan : Tapikan ustaz..ade anak yang minta
dgn ibu untuk mintakkan duit dari ayahnya..lebih kurang macam tawasul ke ni?
Ustaz : Dia anak awak.
Begitu bukan tawasul yg di haramkan.
Allah Tuhan kita. Allah
maha pengampun. Penerima doa dan hajat makhlukNya.
DOA
Ya Allah ya Tuhan ku.
Allah telah mencipta segala sesuatu utk manusia.
Aku ni Allah Tuhanku
satu hamba Mu yg sgt cuai pd Mu Tuhanku.
Aku baru malam tadi
mengucap kalimah syahadah yg aku faham maksudnya.
Aku tahu aku telah buat
banyak dosa yg aku baru sedar aku telah lakukan.
Aku juga tahu aku baŕu
belajar tafsir yg telah lama Allah kirimkan khas pd ku.
Wahai Allah Tuhanku.
Ampunilah segala dosa ku dan aku bertaubat pd Mu. Begitulah juga aku pohon utk
kedua ibubapa ku. Anak2 ku isteri ku dan tok nenek kami serta keturunan kami.
Selamatkanlah kami semua
drp azab neraka Mu dan masukkan lah kami ke syurga Mu
Wahai Allah Tuhan ku.
Aku ada hajat kecil dunia ni. Sebutlah hajat awak......
Jika Allah makbul doa ku
memang Allah lah yg bolih makbulkan hajat ku sahaja.
Jika Allah tak nak
makbulkan doa ku, maka tiada lah mana2 makhluk bolih desak Mu utk makbul doa
ku.
Tetapi jika Allah tak
nak makbulkan juga doa ku maka pd Tuhan mana lagi yg aku nak berdoa krn Allah
lah saja Tuhan ku.
Inilah antara doa2 ulama
ajar.
Allah bolih bercakap
loghat Sabah, loghat kelantan atau bahasa apa. Kalau Dia tak bolih bercakap
maka Dia bukan Tuhan kita sebab Dia tak faham.
Jadi berdoalah dalam
bahasa apa2. Insya Allah akan makbul
Sebarlah cara2 berdoa
ini. Ramai tak pandai. Akibatnya suruh org buat solat hajat.
Marilah kita perbaiki
diri dan keluarga serta kawan2 termasuk org2 kafir. Kembali mengEsakan Allah
dalam.
Soalan
: Ustaz..berdoa boleh
sebut nama selain Allah?. Hanya
Sebut sifatNya. Contohnya.. Ya Rahman..ampuni segala dosa2 ku
Ustaz : Seru selain Allah itu kita buka
tajuk lain. Now only about doa direct to Allah. Sebut ibadat iman dan amal
soleh ketika berdoa di bolih kan.
Bila berdoa kita kata Ya
Allah aku telah buat ibadat itu ini atau aku ni telah beriman kemudian sebut
doa..
Ustaz
:Sekarang awak tahu
lah kenapa nabi tak ajar solat hajat ini. Ia bertentangan dgn perintah Allah. Semua
bidaah nabi tak buat kerana ia memang bertentangan dgn wahyu Allah. Bab ini
nanti saya ajar. Semua yg dah ajar adalah akidah tauhid MengEsakan Allah.
Komentar
: meminta org alim
doakan utk kita adalah termasuk dlm tawassul yg dibenarkan..namun.bila kita
minta org alim doakan kita smbil buat makan2 dlm majlis tertentu dan bg upah.
maka itu tidak dibenarkan. adakah betul pemahaman sy ust?
Ustaz : apa yg awak tulis itu ada ruang utk
org buat syrik pada Allah.Begini. Kita letak dulu apa yg dah kita faham dan
belajar sehingga kita jumpa bahagian tauhid nya. Bila dah betul2 faham baru
kita amal.
Saya dulu pun macam awak
juga. Saya dah amal apa yg ulama2 buat tampa faham sebenar knp mrk buat. Ayat
mana mrk berpandu atau hadis mana.
Kalau sorg ulama itu
kata itu pendapat dia maka tak perlu kita ikut. Tapi kalau dia kemukan quran
dan hadis maka bolih lah kita beramal.
Soalan
: APa pndgn
ust.mngenai minta doakan org alim spt mohon sesuatu hajatnya. Dia rasakan
bahawa dirinya byk dosa, jd kurang mustajab doa nya... minta pencerahan sikit
ust. Sy byk kali...ni.kene .org suh sy doakan utk dia?
Ustaz
: Saya dulu pun
syeikh dalam solat hajat. Saya tak ambil duit. Allah lah yg beri saya faham
maksud berdoa.
Saya sekarang bila ada
org suruh saya solat hajat utk mrk maka tahu lah saya akidah mrk ada sikit rusak.
Saya akan terus ajar mrk
hal2 Allah tuhan kita. Membesarkan Allah.
Saya ustaz. Mrk ada masaalah
akidah. Mesti saya perbetulkan akidah mrk. Tak patut saya buat mrk jadi kufur
krn saya tak beritahu mrk.
Saperti saya beritahu
awak2 semua. Awak mengharap saya ajar yg benar utk awak. Awak tak nampak
kebenaran itu tapi saya tahu.
Agak2 nya apakah Allah
akan tanya saya esok? Bolihkah saya berbohong pd Allah.? Tentu tak bolih kan?
Awak nak belajar drp
saya tafsir quran tapi saya pula sembunyi drp awak. Awak tak tahu sekarang tapi
awak tentu akan tahu juga bila di depan Allah.
Jika saya gitu, Allah
dah sedia utk saya neraka jahannam kekal tak di kurang kan tak di beri peluang
utk bela diri. Dan tiada siapa bolih tolong saya. 159 al baqarah.
Wahai Allah Tuhanku.
Beri lah pd mrk2 ini rahmat Mu. Taufiq Mu. Hikmah Mu. Supaya mrk faham isi
kandung quran dan hadis. Selamat mrk2 ini yg dah tunjuk minat mrk utk
mentauhidkan Mu Tuhan ku..
Wallahuaklam
Soalan : Maaf ustaz. Apakah maksud kalimah
kafir dalam ayat 161, surah Al-Baqarah.
(إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا
وَمَاتُوا وَهُمْ كُفَّارٌ أُولَٰئِكَ عَلَيْهِمْ لَعْنَةُ اللَّهِ وَالْمَلَائِكَةِ
وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ)
[Surat Al-Baqara 161]
Sesungguhnya orang-orang
yang kafir, dan mereka mati sedang mereka tetap dalam keadaan kafir, mereka
itulah orang-orang yang ditimpa laknat Allah dan malaikat serta manusia
sekaliannya.
Ustaz : Kafir pd ayat 161 ada 2 makna. Satu
bermakna kafir sebenar.
Satu lagi engkar. Olih
krn 2 ayat sebelum berkenaan ulama sembunyi ilmu atau ulama Su maka kafir di
ayat 161 bermaksud engkar pd nak beritahu atau sembunyi.
Yaitu benar2 lah org2 yg
masih lagi engkar nak beritahu tauhid ini ( krn duit/upah, pangkat,
glamour);........kemudian dia mati dalam keadaan engkar drp beritahu.... hingga
habis ayat
Di manjung saya pernah
tabligh di sana.
Ada satu kes org di situ
suruh saya bomoh anak nya yg di rasuk jin dah 7 bulan. Kalau budak itu umur 18
tahun cekik saya, tak lah bolih di saman apa pun.
Saya tanya. Makcik nak
suruh saya buat apa ni?
Dia jawab nak suruh
halau jin tu. Dah beribu duit kak habis tapi tak sembuh2.
Saya tak tahu nak buat
macamana. Kalau cara jahiliah dulu saya tahu. Tapi saya dah bertaubat tak nak
buat amalan kufur lagi.
Saya baca ayat2 yasin
albaqarah dan al mulk sambil berdoa pd Allah. Budak tu duduk aje depan saya. Tiba2
Allah beri saya faham. Allah perkenan doa saya.
Kak. Kak nak suruh saya
halau jin. Jin itu saya tak nampak. Nak tangkap pun saya tak nampak. Jin ghaib
kak.... Jadi kak nak saya
buat apa sebenarnya. Beritahu saya?
Kak tu kata. Saya nak
jin tu keluar drp anak saya. Lagi apa lagi? Nak jin tu jgn kacau anak saya
sampai bila2. Lagi apa lagi? Saya tak mahu mana2 jin rasuk anak saya lagi.
Ooooo itu mudah. Tapi
kak nak suruh saya halau tangkap jin itu saya tak bolih buat.
Hmmm apa agak2 maksud
saya...? Siapa tahu apa
maksud saya cakap ni?
Jawapan : Berdoa dan mohon terus pd Allah
bukn dgn org lain .
Ustaz
: Saya kata itu yg
kak nak itulah doa. Berbomoh ada berdoa. Kalau Allah makbul mudah saja. Tak
payah lah suruh mana org berbomoh maka itu mudah dorong org pd kufur.
Lalu saya ajarlah doa
itu pada kak tu saperti saya ajar pd awak tadi.
Selepas itu saya ajar
doa saya suruh lah kak tu berdoa sambil berkata doa ibu lebih makbul drp doa
org lain.
Kak tu kata betul
tapi....... alasan biasa lah dia keluarkan. Tahulah saya akidah nya rusak.
Soalan
: jd ustaz, bagaimana
yg dikatakan dgn ustaz yg boleh nmpak makhluk ghaib ni ust? adakah benar
dakwaan beliau?
Ustaz : Inilah sebab saya cerita ni. Surah
jin ayat 1.
Katakanlah muhammad
bahawa telah di wahyukan pd ku bahawa satu rombongan jin telah dtg mendengar
nabi membaca quran.
Peristiwa ini berlaku di
pasir pasir semasa nabi dan sahabat bermusafir. Seminggu agak2 saya, nabi
sampai ke mekah lalu turun ayat ini.
Sahabat tak kata berasa
meremang bulu tengok atau berasa sesuatu. Dan memang nabi pun tak tahu.
Lihat utube saya surah
jin
Jadi kalau sesiapa kata
dia tahu ilmu ghaib maka dia sudah buat sesuatu yg nabi sendiri tak tahu.
Berbalik pd cerita. Kak
tu saya ajar nya akidah lebih kurang 3 jam. Saya tanya dia. Allah bolih cakap
loghat perak tak??? Saya tekan tanya. Dia jawab Ya.
Kalau kak pandai cakap
bahasa org asli dan berdoa dalam bahasa itu, adakah Allah juga tahu. Dia jawab
Ya..
Nah.... sekarang kak
baca doa terus pd Allah saperti yg dah saya ajar. Kami ramai2 ni amin doa kak. Teruslah
dia berdoa. Lama doanya. Menangis2 lagi.
Saya pun kata insya
Allah, Allah akan makbul doa kak.
Saya tak suruh dia ambil
wuduk. Saya tak tanya dia dalam haidh atau junud atau suruh solat apa2. Seminggu
kemudian kak tu tel. Anak nya yg beritahu.
Terima kasih ustaz. Anak
saya sembuh saperti biasa.
Saya juga tak suruh buat
air tawar atau mandi kan. Semua itu karut.
Doa itu ialah doa saya
dah ajar pd awak semua.
Ustaz
: Apa awak semua
faham tentang cerita ini?
Jawapan
: Jgn berharap kepada
selain Allah. Cth: air mandi jampi, air minuman jampi, rukyah dari org lain.
Soalan : Ustaz maknanya macam contoh kalau
anak nk periksa ada solat hajat & bacaan yasin dkt sekolah & ada yg
letak botol air blh ke ustaz?
Ustaz
: Solat hajat di
sekolah baca yasin air tawar tu lah masaalah
Nya. Berhentilah buat
serta bertaubatlah
Soalan
: Ustaz...apakah yg
menyebabkan doa kita tidak dimakbur Allah?
Ustaz
: Sebab doa tak
makbul ada banyak tapi kalau kita berhenti daripada syirik dan bidaah serta
ikut panduan di antara lain macam yang saya ajar.
Soalan
: ustaz.. boleh tak
kita baca doa dlm bahasa melayu ketika sujud dalam solat? sama ada solat fardhu
atau solat sunat?
Ustaz
: tak bolih baca doa
dlm bahasa selain arab dlm solat. Membatalkan solat.
Ustaz : Ada juga nak anak juga dapat. Ada
minta projek juga dapat. Ada minta saya selesaikan masaalah dia dan suami
nya....hal bilek tidur juga Allah makbul. Ada yg minta pagar kebun drp gangguan
babi hutan pun selesai olih Allah Tuhan kita.
Kita saja sombong nak
berdoa direct pd Allah yg mencipta kita sendiri.
Kita lebih suka ikut
cara kafir krn guru2 karut kita ajar kita gitu.
Wallahuaklam
Soalan
: Assalamualaikum mohon
mencelah..ustaz.boleh kah ustaz bagi pada kami dalil al quuran mahu pun hadist
berkenaan tidak boleh melakukan perkara bidaah dalam beragama..setidak tidak ny
kami di sini tahu dalil2 ny.kalau cakap2 semua x boleh..anak2 saya pun boleh
cakap seperti ustaz cakap tu?
Ustaz
: Wsalam Sharif.
Bidaah ada banyak. Saya sekarang saya baru sentuh beberapa perkara termasuk
solat hajat dan dah ada dalil surah ghafir ayat 60 dan baqarah 86.
Soalan2 bolih tanya saya
bila dah saya habis syarah hal2 tajuk yg saya bawa. Baru mantap.
Soalan : Ustaz man..
bolehkah saya katakan ustaz antara guru guru murshid..?
Ustaz : Pangkat itu tak
usah kita sebut. Setan mudah masuk. Allah lah yg memberi saya faham . Allah
juga lah bolih beri faham pd sesiapa saja yg Dia pilih utk beri faham sebanyak
mana dan kepada siapa.
Soalan : Assalamualaikum
ust maaf ketinggalan bas ingin bertanya sikit. rukun shahadah ada 4 iaitu
mengisbat zat, mengisbat sifat, mengisbat afaal Allah dan mengisbat kebenaran
rasul. mohon pencerahan. tk.
Ustaz : Wsalam En Adam.
Saya telah perjelaskan kalimah syahadah semalam.
Sekiranya saya salah,
minta lah tunjuk tempat mana saya salah tu.
(وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي
عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ ۖ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ ۖ فَلْيَسْتَجِيبُوا
لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ)
[Surat Al-Baqara 186]
Ayat ini sorg kristian setelah di tablighkan
murid saya maka dia berjumpa murid saya yg lain.
Dia ni pula mat saleh
bekas aetheis. Dan dah Islam lebih 10 bulan. Kristian America nama Rufus itu
minta quran drp murid saya itu. Dia kata murid saya sorg lagi suruh minta dgn
nya. Murid saya ini berilah quran yg bersama nya. Rufus pun baca translation
english. Rufus buka dan terbaca terjemahan ayat di atas.
“Dan apabila mrk tanya kamu tentang Diri Ku
Allah maka katalah pd mrk Aku ni dekat aje. Aku perkenan doa org yg berdoa bila
saja dia berdoa pd Ku . Maka hendaklah mrk percaya bahawa Aku akan sahut doa
mrk . Dan hendaklah mrk
percaya Aku sungguh2 akan terima doa mrk. Berdoa terus pd Ku inilah supaya mrk terpimpin
ke jalan yg benar . Ini juga dalil knp kita perlu berdoa pd Allah saja. Jgn
suruh org jadi wakil kita nak minta doa saperti org2 kafir yg ramai2 tu . ”
Wallahuaklam.
Soalan
: Mcm mana nak amal
hadis tawasul dgn ulama ni
“Dulu ketika Nabi masih
hidup, kami bertawassul dengan Nabi. Sekarang apabila Nabi telah tiada, orang
yang paling mulia di kalangan kami adalah kamu, wahai Abbas. Maka berdoalah
kamu untuk kami.” (lihat Sahih Bukhari)?
Ustaz
: Hadis di atas
sahih. Ia bab solat istisqa' solat minta hujan. Semua perlu hadir dan khalifah
jadi imam. Perlu khutbah.
Soalan : Utk keadaan tertentu shj kan?
Ustaz : Yg kita duk bincang sekarang bukan
solat istisqa' tapi solat hajat.
Solat istisqa ialah
solat minta hujan kerana kemarau. Kita jarang amal sunnah ini. Kita patut amal
kan bila kemarau baru kita dah rasa kebesaran Allah.
Kamu jgn terkeliru dgn mrk ini. Mrk mengiyakan
solat hajat sebab bolih dapat duit. Kalau tak duit pun dpt glamour. Kita dah
janji pd Allah kita nak ikut ajaran Rasullullah kan!
Nabi kita berhijrah krn
ada musyrikin nak bunuh nabi. Allah pun perintah nabi saw. Taklah nabi kita
buat solat hajat sendirian ke atau berjemaah. Nabi kita tak buat solat hajat di
masjidil nabawi. Nabi kita tak buat solat hajat ketika perang badar uhud
khandak. Penaklukan mekah. Perang hunain. Tabuk. Dan Nabi tak pula suruh
sahabat buat sendirian atau berjemaah.
Khalifah Omar takluk
parsi dan Syam lawan Rom tak solat hajat juga. Tak ada mana2 peperang nabi
hadir atau sahabat ada buat solat hajat.
Ini
adalah bidaah mungkar yg hanya di amal di nusantara kita.
Mazhab
syafie maldives, yamen, saudi, somalia semua tak buat. Terkejut mrk bila dapat
tahu kita buat.
Soalan
: Jadi, mari mana
solat hajat ni sebenarnya ust? Semua org pakat buat. Penuh maajid.
Ustaz
: Datang drp guru2
kita saja. Bukan ada dalam mana2 kitab fekah. Malah tak hadis nabi pun.
Kalau semua umat islam
malaysia minum arak termasuk ulama2 sekali. Adakah arak itu jadi halal? Tidak. Inilah
yg akan saya bawa tentang ayat2 yg Allah sebut dusta pd Allah atau ayat2 atau
nabi2. Belum masuk bab tu lagi. Bila semua dah faham barulah kita mula belajar
ayat2 Quran surah demi surah. Dah ada org menghina usaha kita belajar ni. Kita
ni anak2.
Soalan
: Solat istikharah
blh dikaitkan dgn solat hajat tak?
Ustaz
: Tak bolih. Kita janji ikut ajaran nabi kita. Kalau para
sahabat tak buat maka itu lah ISO atau SIRIM nya.
Bukan tok2 guru kita.
Mrk2 ini ulama2 yg menyokong ajaran nabi. Kalau mrk tak sokong ajaran nabi maka
org itu bukan ulama.
Soalan
: Maknanya Ustaz
ramai tok2 guru yg mengajar ni tak jelas bab tauhid.?
Ustaz : Benar. Kita perlu hidup kembali
sunnah nabi kita ajar. Pertama kita sendiri perlu tahu tafsir dan hadis. Habis
2 kitab ni bolih lah belajar cabang2 bab. Nabi kata aku tinggal kamu 2 perkara.
Jika kamu berpegang teguh dgn 2 perkara ini, kamu takkan sesat di dunia
akhirat. Maksudnya: Kita perlu belajar 2 kitab ini supaya tak sesat. Nak
belajar dgn siapa????? Nak belajar dgn org tak belajar 2 kitab ni? Walaupun mrk
nampak warak dan beriman sempurna? Macamana sorg guru atau ustaz tak khatam
belajar 2 kitab ini? Masuk akal ke kita? Mrk ini kita letak harapan ttg ugama
kita. Masuk akal tak saya tanya???? Habis mrk yg tak belajar 2 kitab ini pula
hina org yg belajar 2 kitab ni. da sesuatu tak kena ni kan?
Ustaz
: Antara dalil makbul
doa ialah buat makan bagi org ramai. Selepas buat makan jika mrk tanya ada doa
selamat ke atau solat hajat ke?
Maka katalah tiada. Kami
buat makan kerana penuhi sunnah nabi.
Selepas mrk balik maka
baca doa lah tuan rumah krn nabi kata berdoa selepas buat kebajikan adalah
makbul doa.
TEXT
HADITH DHAIF BERKAITAN SOLAT HAJAT
Telah menceritakan
kepada kami Ali bin Isa bin Yazid Al Baghdadi telah menceritakan kepada kami
Abdullah bin Bakr As Sahmi dan telah menceritakan kepada kami Abdullah bin
Munir dari Abdullah bin Bakr dari Fa'id bin Abdurrahman dari Abdullah bin Abu
Aufa dia berkata, Rasulullah Shallahu 'alaihi wa sallam bersabda:
"Barangsiapa yang
mempunyai hajat (keinginan) kepada Allah atau kepada seseorang dari anak Adam,
maka hendaklah dia berwudlu' dengan menyempurnakan wudlu'nya, lalu melaksanakan
shalat dua raka'at, memuji kepada Allah, membaca Shalawat kepada Nabi Shallahu
'alaihi wa sallam, kemudian membaca "LAA ILAAHA ILLALLAAHUL HALIIMUL
KARIIM, SUBHANALLAAHI RABBIL 'ARSYIL 'ADZIIM, AL HAMDULILLAAHI RABBIL
'AALAMIIN, AS'ALUKA MUUJIBAATI RAHMATIKA WA AZAA'IMA MAGHFIRATIKA WAL
GHANIIMATA MIN KULLI BIRRIN WAS SALAAMATA MIN KULLI ITSMIN, LAA TADA' LI
DZAMBAN ILLAA GHAFARTAHU WALAA HAMMAN ILLAA FARRAJTAHU WALAA HAAJATAN HIYA LAKA
RIDLAN ILLA QADLAITAHA YAA ARHAMUR RADLIALLAHU 'ANHAHIMIIN (Tidak ada Ilah yang
berhak disembah selain Allah yang maha lembut lagi Mahapemurah, Mahasuci Allah
Rabb pemilik 'Arsy yang Mahaagung, segala puji bagi Allah Rabb semesta Alam,
aku mengharap rahmatMU, ketetapan hati (untuk meraih) ampunanMu, mendapatkan
keberuntungan dengan segala kabaikan dan keselamatan dari segala perbuatan
dosa, jangan Engkau biarkan dosa padaku kecuali Engkau mengampuninya, dan
jangan Engkau biarkan kegundahan kecuali Engkau membukakannya, dan jangan
Engkau biarkan kebutuhan-kebutuhan yang Engkau ridlai kecuali Engkau penuhi,
wahai Dzat yang maha pengasih) ".
Abu Isa berkata, hadits ini gharib dan dalam sanadnya ada
sesutatu yang perlu dibicarakan, Fa'id bin Abdurrahman telah dilemahkan dalam
masalah hadits, dan Fa'id adalah 'Abul Warqa'.
Sunan Tirmidhi
Ustaz
: sanad dhaif..yg
hadis hasan hanya sebut istighfar lalu Allah ampun dosanya.
No comments:
Post a Comment