Monday, April 20, 2015

SOAL JAWAB BERKAITAN DOA PERANTARA DAN AMALAN SYIRIK MASYARAKAT

Saya buat kelas ini step by step. Bila begini akan ada yg tak sabar nak tanya soalan bersangkutan berdasar tasauf yg dah belajar. Apa sy tulis lepas itu sy tahan diri sy drp cerita bab yg sama tapi akan timbul banyak soalan lain.

Soalan lain itu belum sy hurai.Kadang awak tanya sy bab yg sy tahan diri itu. Sy tak jawab sebab sy tak mahu awak lain2 keliru.Kadang2 nak jawab tapi terlupa. Baiklah bila dah lama sy tak jawab awk ulangi balik soalan itu. Sy kan manusia. Ada ingat ada lupa. Kadang2 sy suruh tanya sy personal, krn tak mahu ganggu org lain.Memang belajar itu perlu sabar. Apa yg sy ajar tu, lama sy belajar. Berbulan2 tapi Allah beri sy faham. Sy ajar awak dlm 4 hari sj.

Soalan : Salam...kita dah bincang pasal doa..tiada perantaraan pada makhluk lain hanya lah pada Allah..soalan saya,apakah menggunakan kaedah"cable besar"atau"orang dalam"bagi memenuhi hajat atau kehendak individu bagi mendapat sesuatu.Contohnya nak dapat kontrak,pekerjaan dan sebagainya.Apakah ianya dikira "perantaran"bagi mendapat rezeki??Mohon ustaz dapat perjelaskan..?
Ustaz : wak nak satu projek dr perdana menteri. Awak susah sebab tiada cable.Awak tahu PM sayang kat bini.Tapi awak tak biasa dgn kak ros. Tapi kak ros suka mendandan dgn sorg hairstylist.2 3 hari aje dia dandan rambut.Awak pula tak biasa dgn pendandan itu. Tapi pendandan itu sgt sayang dgn sorg adik nya. Awak kenal adik nya.Awak bodek adik pendandan itu dgn hadiah2. Lama2 beritahu lah niat. Awak pun beri surat awak ke org itu. Org itu pd kakak nya. Kakak nya pd kak ros.Kak ros waktu nak tidur kata kat PM. Awak tolong org saya ni.PM tolong krn sayang pd bini. Kak ros sayang pd pendandan.
Pendandan sayang pd adiknya.Adiknya sayang pd awak. Inilah rasuah. Di Tangkap ....jel lah. Ini di panggil pertolongan krn kasih sayang.

Allah taala tak terpengaruh kerana kasih sayang begini. Tiada siapa bolih bodek Allah. Walaupun nabi2 Allah. Wali2 Allah. Atau para malaikat. Memang Allah sayang pd nabi2 wali2 dan para malaikat Nya. Tapi awak tak bolih bodek tok wali utk bodek tok wali sudah mati utk bodek para nabi utk bodek Nabi Muhamad ...utk bodek Allah....Supaya sempurna hajat awak.
Inilah syirik2 yg di buat manusia. Drp zaman nabi Nuh as, Ibrahim as, Musa as, Isa as dan now Nabi Muhamad saw. Inilah semua cerita2 nabi yg Allah sebut dalam quran. Org2 yg amalkan ini di panggil musyrikin.

Siapakah sekarang ini yg buat begini. Mrk panggil tok wali di kubur2 tok wali tu. Mrk cakap merayu2 pd kubur itu supaya beritahu nabi kita. Supaya beritahu Allah. adi soalan PangiranNaza itu persoalan drp cerita nabi2 dulu lagi lah. Tak sabar nak tanya hal Uwais dan Sy Omar ra maka kecil hati. Setan bisik2 keluar aje. Keluar aje. Ust tu tak pandai. Dia nak tipu awak tu. Dia nak pesong awak tu.

Soalan : Mksudnya dptnya projek tu bukn pemberian@rezeki dr Allah tp dr manusia..maka mngkn keberkatannya tiada..sdgkn kita nk kena cari rezeki yg halal dan berkat..betul kn ustz?
Ustaz : Betul. Itu pun dah di panggil rasuah olih manusia. 

Buat begini pd Allah ada lah kufur. Mrk bodek tok wali begini. Mrk pergi ke kubur. Bawa setanggi hindu dan pasang. Letak bunga melor di nisan, Binaan atas kubur. Buat rumah atas kubur tok wali. Pasang kain pd kubur. Pasang kain kuning pd nisan.Pasang kain pd kubur. Pasang kain kuning pd nisan. Tabur bunga2. Sembelih nazar lembu kambing di kubur. Siapa yg buat begini??? Tau tak??
Mrk2 ni suka nyanyi2 guna ayat2 quran. Selawat2 rekaan tok guru mrk. Makmum joget2. Tak tahu ke????

Soalan : Rutin miguan kt hadhramaut setiap pagi jumaat dpa akan ada kan mjlis qasidah di kubur² para wali nk bodek tok wali la tu kn ustaz ana dngr sdri dari sahabat yg belajr kt sana seram ja x rasa belasah pun.
Ustaz : Ada juga di pulau besar melaka. Ada juga di singapore... habib Nuh. Ada juga di perak.. makam tok Temoh... Kati Perak. 

Soalan : na tngok satu vedeo ustaz dari kedah dia suruh anak² murid dia g ziarah kubu habib nuh kebesaran Allah keta nya. 
Ustaz : Tu lah bodek 'tok wali' nama nya. Kata nak besarkan Allah. Itulah sebesar2 syirik pd Allah

Soalan : Dorang ni sy prnah tanya knapa x mntak deret, dia kata " kita byk dosa x layak mntak doa sndri "
Ustaz : Ya . Itu lah jawapaan mana2 musyrikin di dunia ini.

Inilah di panggil syirik dalam berdoa. Wa iyya kanasta in. Pd Kamu saja Allah kami nak minta pertolongan. Syiah dan habib2 berpendapat berdoa direct pd Allah di haram kan. Berdoa perlu berperantara.

Soalan : Yg lg mngejutkan, bkn mntak kat wali suh mntak kat nabi suh mntak kat Allah. Tp terhenti kat nabi SAW je. Maksudnya mmg mintak kat nabi. Klau tgk antara bait2nya "isyfa' lana" mmg dorg mntak suh nabi bg syafaat
Ustaz : Serupa tak macam kristian?Serupa tak macam hindu? Macam budha. Macam sikh. Macam Cina. Macam iban dayak org ulu org asli.

(فِي قُلُوبِهِمْ مَرَضٌ فَزَادَهُمُ اللَّهُ مَرَضًا ۖ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ بِمَا كَانُوا يَكْذِبُونَ)
[Surat Al-Baqara 10]
Dalam hati2 mrk ada penyakit. Yaitu buruk sangka pd Allah. Mrk org banyak dosa. Maka Allah tambah penyakit lain yaitu kufur pd Allah. Tak pandai baca quran. Tak tahu hadis. Tak kan lah Allah nak terima doa mrk.

Serupa dgn hati2 org yg suruh solat hajat??????Kalau aku doa sendiri Allah tak nak beri. Tapi kalau ustaz2, guru2 , imam2 , ahli2 jemaah masjid; mrk dekat dgn Allah.Tàk kan dalam ramai2 tu takada yg berkat?Serupa tak?????
Buat solat hajat itu apa???? Apa maksud???Akidah solat hajat ini dah ada dlm hati, buruk sangka pd Allah inilah yg memudahkan puja kubur tok2 wali. Bukan x yakin pd diri sendiri tapi TAK YAKIN pd Allah. 
Sebab itu Sharif semalam jadi nak marah hal solat hajat. Mula hina2 group kita. Kelas kanak2 dia kata. 
Soalan : kalau mak ayah yg p umrah atau haji. Anak2 boleh x kirim suruh mak ayah doakan?
Ustaz :Itu pun serupa Muhamad. Drp hadis. Sy Omar nak pergi umrah. Nabi pun kata ingatlah kami dalam doa2 kamu Omar. Kita bolih suruh org berdoa utk kita. Kita jgn cakap doa apa. Suruh doa saja. Allah tahu apa dlm hati kita. Nescaya org itu akan berdoa yg bagus utk kita.

Soalan : Atau kita bolh doa terus pd Allah lembutkn dan bukakn pintu hati org tu utk beri projek pd kita..Allah izin dptlah..x dpt jgn kecewa sbb Allah da tetapkn rezeki kita d mana..begitu ke ustaz?
Ustaz : Dalam soalan ini ada masaalah sikit.Suruh Allah lembutkan hati pemberi projek dan buka pintu hati org itu utk beri projek pd kita. Ayat di atas adalah ayat suruhan pd Allah. Allah tak tahu ke??? Sampai perlu di ajar? Cuba awak semua fikir apa sy kata ni.
Saya ulangi. Bolih tak kita ajar Allah cara2 nak makbul doa? Semasa berlaku banjir di Kelantan baru2 ini; ada dalam khutbah jumaat di Selangor berbunyi begini:
Wahai Allah. Perintahkanlah langut Mu supaya berhenti hujan. Wahai Allah. Perintahkanlah bumi Mu supaya telan air.ak boleh ajar Allah. Perintah pd Allah adalah biadap. Bertaubatlah jika dah buat. 
Kita tak berani nak perintah PM atau menteri besar atau CEO.

Soalan : Ada dengar doa waktu Dhuha, 
Jika rezeki di langit, turunkanlah...?
Ustaz : Doa Dhuha itu minta di turun rezki bukan perintah turun rezki. 

Soalan : Mohon bertanya soalan, selain hadith Uwais, ada hadis para sahabat minta doa pada Abbas tentang hujan. Apakah ini khususiyyat juga?
Ustaz : itu doa minta hujan.sama saja dgn kita pelawakan seseorg jadi imam..uwais doa minta ampun..abbas doa minta hujan. dlm hadis uwais minta ampun..tu perintah nabi..Tak ada suruh minta projek dunia

٤٦١٢ - حَدَّثَنِي زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ حَدَّثَنَا هَاشِمُ بْنُ الْقَاسِمِ حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ الْمُغِيرَةِ حَدَّثَنِي سَعِيدٌ الْجُرَيْرِيُّ عَنْ أَبِي نَضْرَةَ عَنْ أُسَيْرِ بْنِ جَابِرٍ أَنَّ أَهْلَ الْكُوفَةِ وَفَدُوا إِلَى عُمَرَ وَفِيهِمْ رَجُلٌ مِمَّنْ كَانَ يَسْخَرُ بِأُوَيْسٍ فَقَالَ عُمَرُ هَلْ هَاهُنَا أَحَدٌ مِنْ الْقَرَنِيِّينَ فَجَاءَ ذَلِكَ الرَّجُلُ فَقَالَ عُمَرُ إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَدْ قَالَ إِنَّ رَجُلًا يَأْتِيكُمْ مِنْ الْيَمَنِ يُقَالُ لَهُ أُوَيْسٌ لَا يَدَعُ بِالْيَمَنِ غَيْرَ أُمٍّ لَهُ قَدْ كَانَ بِهِ بَيَاضٌ فَدَعَا اللَّهَ فَأَذْهَبَهُ عَنْهُ إِلَّا مَوْضِعَ الدِّينَارِ أَوْ الدِّرْهَمِ فَمَنْ لَقِيَهُ مِنْكُمْ فَلْيَسْتَغْفِرْ لَكُمْ حَدَّثَنَا زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ وَمُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى قَالَا حَدَّثَنَا عَفَّانُ بْنُ مُسْلِمٍ حَدَّثَنَا حَمَّادٌ وَهُوَ ابْنُ سَلَمَةَ عَنْ سَعِيدٍ الْجُرَيْرِيِّ بِهَذَا الْإِسْنَادِ عَنْ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ قَالَ إِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ خَيْرَ التَّابِعِينَ رَجُلٌ يُقَالُ لَهُ أُوَيْسٌ وَلَهُ وَالِدَةٌ وَكَانَ بِهِ بَيَاضٌ فَمُرُوهُ فَلْيَسْتَغْفِرْ لَكُمْ

4612. Telah menceritakan kepadaku Zuhair bin Harb; Telah menceritakan kepada kami Hasyim bin Al Qasim; Telah menceritakan kepada kami Sulaiman bin Al Mughirah; Telah menceritakan kepadaku Sa'id Al Jurairi dari Abu Nadhrah dari Usair bin Jabir bahwa penduduk Kufah mengutus beberapa utusan kepada Umar bin Khaththab, dan di antara mereka ada seseorang yang biasa mencela Uwais. Maka Umar berkata; "Apakah di sini ada yang berasal dari Qaran. Lalu orang itu menghadap Umar. Kemudian Umar berkata: 'Sesungguhnya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam telah bersabda: "Sesungguhnya akan datang kepadamu seorang laki-laki dari Yaman yang biasa dipanggil dengan Uwais. Dia tinggal di Yaman bersama Ibunya. Dahulu pada kulitnya ada penyakit belang (berwarna putih). Lalu dia berdo'a kepada Allah, dan Allahpun menghilangkan penyakit itu, kecuali tinggal sebesar uang dinar atau dirham saja. Barang siapa di antara kalian yang menemuinya, maka mintalah kepadanya untuk memohonkan ampun kepada Allah untuk kalian." Telah menceritakan kepada kami Zuhair bin Harb dan Muhammad bin Al Mutsanna keduanya berkata; Telah menceritakan kepada kami 'Affan bin Muslim; Telah menceritakan kepada kami Hammad yaitu Ibnu Salamah dari Sa'id Al Jurairi melalui jalur ini dari 'Umar bin Al Khaththab dia berkata; Sungguh aku telah mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Sebaik-baik tabi'in, adalah seorang laki-laki yang dibiasa dipanggil Uwais, dia memiliki ibu, dan dulu dia memiliki penyakit belang ditubuhnya. Carilah ia, dan mintalah kepadanya agar memohonkan ampun untuk kalian.'
hr muslim

Olih itu elak diri drp solat hajat.

Ust Solah pun dah jawab drp cerita Uwais.
Jawab syubhah hadis uwais alqarni bukan utk ajar umat supaya minta org solat hajat utk kita dan bukan juga suruh kita cari mana2 org soleh utk minta doakan utk kita sbbnya:

1-hadis itu hanya menerangkan tentang kelebihan beliau walaupun tak pernah jumpa Nabi SAW.
2-umar tidak berterusan minta dgn uwais setiap masa padahal tentu la setiap manusia tak sunyi dari dosa.
3-kenapa susah2 minta dgn uwais jika Nabi masih hidup?
4-kenapa tak minta di kubur Nabi tapi jumpa uwais?maka ini dalil orang mati takde kuasa atas yg hidup.
5-sesiapa lebih hebat antara uwais dan umar? ini tidak lain melainkan utk gembirakan uwais dgn kelebihan dari Allah.
6-ini dalil khusus buat uwais maka takleh kiaskan dgn selain uwais.sbb jika kias lebih baik minta dgn sahabat2 lain.lebih2 abu bakar umar usman ali dll.
7-kenapa di terangkan doa uwais maqbul padahal dlm alquran sesiapa doa pada Allah pasti di terima?tak lain melainkan kelebihan khusus buat uwais.berupa berita gembira dari Allah.
8-sahabat2 tidak sibukkan diri dgn meminta org lain doakan mereka.
9-ayat alquran perintah suruh minta kpd Allah manakala hadis seolah sebaliknya..maka perlu di takwilkan hadis bukan dgn takwilkan alquran(hingga seolah2 boleh syirik pulak).alquran sudah ijma' sohih lagi mutawatir. sanad.manakala hadis tak semestinya sohih mutawatir
10-nabi tak perintah kita minta doa dari org soleh.bahkan nabi minta kita doakan utknya.contoh: selawat dan doa azan.
11-sahabat tak minta nabi solat hajat utk mereka dan sahabat tak minta uwais solat hajat utk mereka.
12-hadis ini ada dlm kitab muslim dlm tu di letak dlm bab kelebihan uwais bukan kelebihan minta doa kpd org soleh.(ini kaedah asas utk memahami ilmu hadis dari perawi.)

wallahu a'lam.

Saya pernah jumpa Dr Maza dan Ust Halim. Kami bercakap lama.
Sesudah itu masa bersurai Dr Maza kata pd sy:
Ust doakan ana. 
Sy jawab insya Allah. 
Dia tak cakap doa apa. Sebab itu sy jawab insya Allah. y sebenarnya nak suruh Dr Maza doakan sy saperti dia minta. Sy tak sempat. Dia dulu. Sy rasa jelas dah ni.
Setiap kali sy jumpa guru sy; selepas lapur diri pd nya, sy akan kata:
Ust. Terima kasih ajar ana ilmu quran dan hadis. 
Ust. Doakan ana. 
Drp hadis sy belajar, jika kita tak cakap doa apa kita nak, org itu akan doa yg terbaik utk kita. 

Semua org2 yg belajar dgn sy memang sy dah doakan. Kami di ajar begitu. Ada di sebut dalam quran. Sy lupa ayat nya.


Awak pun jika ada sesiapa belajar sesuatu dgn awak maka doalah utk mrk.


Keampunan dosa mrk dan ibubapa mrk 
Minta di beri taufiq. 
Di beri hikmah ..kefahaman ugama.
Selamat drp api neraka dan minta di masuk ke syurga.

Alhamdulillah kekeliruan dlm berdoa ni dah mula faham.Habis bab ini kita masuk bab percaya pd nabi pula.Inilah akidah2 yg perlu di perbaiki supaya tafsir yg akan ajar mudah di fahami.
Di situ ada lagi banyak kekeliruan Allah ajar pd kita.
Insya Allah mudahlah nak faham.

(لِتُنْذِرَ قَوْمًا مَا أُنْذِرَ آبَاؤُهُمْ فَهُمْ غَافِلُونَ)
[Surat Ya-Seen 6]

Supaya kamu org2 yg belajar tafsir dan hadis memberi peringatan pd satu kaum yg belum dtg pd mrk quran dan hadis; akibatnya mrk lalai. 

Sy tafsir kamu bukan nabi sebab nabi di perintah begini lah dulu. Tok nenek kita drp hindu masuk Islam. Selepas itu portugis sudah takluk melaka. Selepas itu belanda dan Siam. Selepas itu British.Belum lagi ada guru tafsir dan hadis melainkan selepas Jepun.
Kepercayaan adat2 hindu telah di 'Islamkan'. Kita dok pakai lagilah

1. Tahlil di amalkan olih org2 budha sampai sekarang. Mrk buat 3 hari 7 hari 49 hari 100 hari dan setahun sekali.Kita buat.

2. Talkin di amal budha Cina. Bila mati sorg, tok Ca2 dtg baca talkin di rumah. Depan simati. Kita bolih tengok mrk berkumpul depan mayat sampai 3 atau 7 hari.
Kita buat juga tapi di kubur. 'Di Islamkan'

3. Hindu kahwin cara keliling api dan bersanding. Di renjis2. Di suap semangat pd pengantin saperti mrk puja dewa2 berhala mrk.
Kita 'Islamkan' dan kita buat
4. Hindu2 buat taipusam. Menari2 sambil tarik kavadi. Tujuan puja dewa ganish kepala gajah utk murah rezki.
Kita 'islamkan' dgn buat maulud. Syiah pukul2 badan berdarah.

6. Hindu2 berpantang tak makan benda2 berdarah.
Kita buat juga dgn berpantang selepas bersalin tak bolih makan ikan daging dll cuma makan ikan kering aje
Kita islamkan

7. Campur aduk adat syirik dgn sunah nabi.
Tahnik bayi2. Nabi kata dgn tamar saja.
Kita talbis/ campur aduk dgn letak garam.... utk jadi mulut masin... syirik
Gula batu supaya manis mulut...syirik
Cincin.... supaya kaya ..syirik

Terlampau banyak syirik di buat terang olih ustaz2 imam2 bab tahnik ni saja. Macamana mrk tak tahu ni????

Org ramai buat sedangkan mrk tok guru.

banyak nya syirik org kita buat. Drp apa sy dah tulis itu ada pecahan2 syirik lain.Allah!!!! Kesiannya Ya Allah bangsa ku

Sy nak tanya semua yg ada di sini.Pernahkah awak2 dengar perkara2 ini di ajar di masjid2 surau2?
Sembunyi ilmu lah tu.... ayat 159 ke 161 al baqarah
Syirik dgn sifat tuhan pula. Nak tahu ke??????????

Allah itu Alim... Maha Tahu. Ust2 sifat 20 hurai berjela2. Kita rasa kita faham lah
Syirik tentang sifat ni mrk kata ialah Allah tak tahu

Syirik Alim Allah manusia buat.

Dengar burung hantu berkokok ada org nak mati.
Maknanya.. burung dapat tahu ada org nak mati. Lalu ia ambil inisiatif berkokok atas pokok utk beritahu org. Ada org nak mati. tak mati lagi tapi nak mati

Tengok tahi gajah. Kena cakap elok2 nanti gajah dengar..

Gatal tangan ...nak dapat duit

Kedip mata... ada org sebut

Pakai baju terbalik .. nak dapat rezki.

Ini makna tgn, gajah, mata, baju tahu. Kita pula percaya. 

Itulah syirik Allah Alim

Ada 98 lagi sifat Allah. Setiap satu tu ada syirik manusia buat. Kita belajar doa tadi. Ia sifat Allah maha penyahut doa.Tak bolih nak kata pd Allah di mahsyar esok. Sorry Allah. Saya tak tahu. Sorry Allah sy tak sempat belajar. Sy sibuk. Sy nak hantar anak tuison. Sy ..... entah macam2 excuse.
Awak rasa awak berani ke jawab begitu pd Allah???Saya tak berani. Sy takut.
Ini belum lagi syirik dgn sifat2 nabi. Malaikat. Syurga. Neraka. Mahsyar.Syirik dgn ayat2 Allah. Syirik dgn hadis2 nabi. 

Apa itu syirik????
Syirik ialah murtad krn tak sedar. Kalau sedar di panggil murtadlah. Ada hadis2 nabi akhir zaman.Pagi2 Islam. Petang2 kafir. Petang2 islam pagi2 kafir. Umat ku saperti bueh di laut. Banyak tapi bila sampai ke pantai pecah..

Ya Allah. Banyak nya kena ajar. 

(Doa)Ya Allah ajarlah pd ku cara2 ngajar yg lebih baik drp yg telah aku ajar manusia

Soalan : Dah bertahun berdoa ramai2 dgn imam, aminkan doa lepas solat berjamaah -dgn cara yg tak ikut sunnah nabi. Agaknya tak diterimakah doa tu?
Skrg ni saya doa sendiri2 -bisikan peribadi dgn Allah. Rasanya lebih makbul daripd yg dulu2.
Dengan budak2 di sekolah pun saya ajar begitu. Saya pilih bbrp org budak jadi imam, lepas tu wirid dan doa buat urusan sendiri2.
Tapi pihak pentadbiran tak berkenan. Tak nampak cantik. Mereka suruh jugak imam tu jd tekong baca doa ramai2. Rosak dah satu sunnah yg saya ajar. Balik cara tradisi melayu.
Apa nasihat Ust Rosman?
Ustaz :  Benar usaha cikgu. Tapi tiada paksaan dlm ugama. Baqarah..256. Usaha lagi.

Drp syirik2 saya tulis tu siapa yg tak buat????

Soalan : Ustaz Mufti pun buat tahlil dan talkin.?
Ustaz : Lebih menghairankan baca talkin secara langsung....live telecast.
Tak malu ke dok ajar org supaya kufur pd Allah. Tak malu ke pd diri sendiri saperti org.....

Soalan : Ust Rosman dulu bersama Maulana hadi ke?
Ustaz : Dia guru saya. Dah lebih 2 bulan tak jumpa. Dialah guru tafsir dan hadis muatha imam malik tarmizi dan abi daud. Saya belajar usul tafsir dgn maulana nik mat paya purnama kota bharu.

Ust nik mat belajar usul tafsir dan tafsir drp bapa guru ust hadi yaitu maulana abd ghani. Saya juga belajar tafsir dgn ust nik mat tapi sikit aje. Belajar misykatul musobih dgn nya. Pun sikit tapi dia beri sanad nya pd sy. Juga sanad tafsir. Dan usul. Sy ngajar awak2 semua ialah pelajaran usul tafsir yg sy belajar bersanad dgn maulana nik mat. Semua yg saya dah ajar. Apa sy ajar sy dapat pahala. Jumlah yg sama Allah kirim pd guru sy ke guru pd guru sy....sampailah akhir nya pd nabi saw. Itulah maksud tinggal ilmu berguna. Jadi kirim fatihah pd nabi tu nampak macam bodoh aje. Solat, zikir, amal soleh dan semua yg nabi ajar memang pahala sama banyak dpt pd nabi kita. Juga sahabat2. Juga imam2 mazhab. Juga imam2 lain dan seterusnya. Sy ajar awak. Sy dpt pahala. Awak pula amal awa dpt. Sy pun dpt pula apa awak buat tampa pahala awak di kurangkan. Sy ajar 200. Kalau semua 200 ni buat maka sy dpt semua awak 200 org dan Allah masih tak kurangkan. Awak sorg2 ajar 10 org lagi. Awak akan dpt drp 10 org itu dan sy juga dpt. Masya Allah kayanya Allah Tuhan kita.

Bodoh kan dok kirim fatihah kat nabi2 wali2. Lebih menghairankan kirim fatihah ke jibril mikail ni! Malaikat2 tak perlu pun ibadat2 kita.Itulah sy kata di atas dok bodek nabi wali malaikat krn nak sesuatu drp mrk. Itu lah syirik. Dah bertaubat ke belaka???Minta ampun pula.Jgn pula buat solat taubat. Nabi tak ajar tuuuuu.Guru2 karutlah ajar awak2 solat taubat. Itu bidaah. Taubat ialah azam tak nak buat aje. Kemudian minta ampun. Lama2 lagi akan tambah bidaah baru solat minta ampun pula.

Soalan : Boleh kah...kita minum air yg kita baca al fatihah dan selawat?
Ustaz : Masya Allah . Ini bab awak tanya sy tak sentuh banyak. Minta berkat dgn sebut nama Allah... bolih. Minta berkat dgn baca ayat2 Allah ...bolih.
Minta berkat drp selawat pd nabi....condong ke syirik. 
Sebab tak ada hadis yg kata baca selawat bolih sembuh penyakit.

Baca fatihah dan baca selawat utk sembuh penyakit saperti di ajar2 org sampai dalam tv tu bertentangan dgn ayat Allah. Puja Allah bersama dgn org lain.

(وَمَنْ يَدْعُ مَعَ اللَّهِ إِلَٰهًا آخَرَ لَا بُرْهَانَ لَهُ بِهِ فَإِنَّمَا حِسَابُهُ عِنْدَ رَبِّهِ ۚ إِنَّهُ لَا يُفْلِحُ الْكَافِرُونَ)
[Surat Al-Mumenoon 117]

Tak ada dalil bukti dgn dakwaan demikian sebarang dalil.

Dan barangsiapa campur aduk seruan, doa, zikir, pd Allah dan org lain.
Yaitu nabi muhamad saw
Maka sesungguhnya hisab amal org yg buat di sisi Allah saja lah
Sesunguhnya tak akan berjaya org2 kafir saperti ini

Soalan : Ustaz kalau nk semboh penyakit baca apa?
Ustaz : Begini. Jika kita ada penyakit dan nak ambil ubat apa2 maka baca lah bismillah sj... dgn berkat nama Allah.
Kalau nak minta sembuh penyakit baca ayat2 quran. Ayat2 apa sj. Selepas itu baca doa.
Saya dah ajar semalam tentang sorg kak tu yg anaknya hampir..... dia baca doa.

Dia tak tiup pd anak nya.
Dia tak tiup pd air
Dia tak di ajar minum air
Dia tak di tanya ada wuduk
Dia tak di tanya ada haid
Dia tak di tanya ada junud
Dia tak solat hajat

Dia hanya baca doa saja. Itulah dia iman. Itulah percaya pd Allah. Itulah yg nabi2 semua dok ajar manusia.
Kak ni masih hidup dan tinggal di manjung perak. Awak buatlah rombongan pergi tanya sendiri dia. Anak nya pun ada juga
Dia dpt no tel sy. Dia call dan cerita. Sy kata sy akan pergi Ipoh esok jumpa nya.
Esoknya sy jumpa. Nangis2 kak tu. Kebuluran 2 tahun. Cantik org nya.
Sy ajar nya doa macam sy ajar awak. Dia terus doa. Nangis2 dlm doa. Sy tengok aje. Kemudian sy kata insya Allah. Allah akan makbul doa kak.
Sy tak suruh solat ke ,selawat ke, buat air tawar, suruh mandi bunga ke. Baca doa sj.
Dia nak bayar duit kat sy. Sy tak mahu. Dia nak bayar minyak sy. Dia nak bayar makan sy. Hotel sy. Semua sy tolak.
Patut dia kata ini hadiah buat ust. Saya terima lah. Esok nya dia call sy. Sy dah di Lenggong.
Meraung2 dia. Bukan nangis lagi. Macam org kena siksa. Kemudian dia kata ayah aji. Allah telah makbul doa sy malam tadi.
Doa :
Jika kamu tak terima doa ku Tuhan maka pd tuhan mana lagi aku nak berdoa krn Kamu lah saja Tuhan ku.

Text Doa Penuh :

Allahumma ya Allah. Takabbalmina. Inna ka antas samii ul alim.

Ya Allah ya tuhan ku. Terimalah segala usaha ku utk Mu. Sesungguhnya Kamu Tuhanku. Yang Maha Mendengar segala keperluan2 ku dan Maha Mengetahui macamana nak tolong ku

Aku ni hamba Mu yg sgt cuai pd Mu Tuhanku.
Aku baru tadi mengucap kalimah syahadah yg aku faham maksudnya. 
Aku tahu aku telah buat banyak dosa yg aku baru sedar aku telah lakukan.
Aku juga tahu aku baŕu belajar tafsir yg telah lama Allah kirimkan khas pd ku. 
Wahai Allah Tuhanku. Ampunilah segala dosa ku dan aku bertaubat pd Mu. Begitulah juga aku pohon utk kedua ibubapa ku. Anak2 ku isteri ku dan tok nenek kami serta keturunan kami. 
Selamatkanlah kami semua drp azab neraka Mu dan masukkan lah kami ke syurga Mu 

Wahai Allah Tuhan ku. Aku ada hajat kecil dunia ni. Sebutlah hajat awak......
Jika Allah makbul doa ku memang Allah lah yg bolih makbulkan hajat ku sahaja. 
Jika Allah tak nak makbulkan doa ku, maka tiada lah mana2 makhluk bolih desak Mu utk makbul doa ku. 
Tetapi jika Allah tak nak makbulkan juga doa ku maka pd Tuhan mana lagi yg aku nak berdoa krn Allah lah saja Tuhan ku.

Doa ni yg sudah di ajar. Sy ajar apa selama beberap hari ni? Sy dok ajak awak utk kembali mengEsakan / mentauhidkan Allah. Buang perasaan ragu2 pd Allah. Awak sudah di tipu sudah lama. Ambil masa lah sikit nak terima. Adalah sikit2 lagi.
Awak tanya sy. Drp soalan akan terserlah akidah.

Soalan : Apakah memang tidak ada dalil ayat2 ruqyah ust??
Ustaz : rukyah ada di sebut dalam hadis. Masaalah nya ramai pengamal rukyah ni campur aduk yg ori dgn yg syirik.
Payah nak kenal. Awak tanya ust Solah hal2 rukyah ni. Dia lebih mahir hadis drp sy walaupun sy ni ayah nya. Sy juga kenal pengamal2 bomoh2 ni. Ramai mrk tak tahu tauhid. Olih itu utk jelas. Tinggal dulu yg ragu2 dan ambil yg jelas2 dulu. Ok? Bila belajar hadis awak sendiri bolih buat rukyah.

Soalan : Ustaz, maaf soalan saya ni melompat dari tajuk atau tidak. Sekiranya beramal dan melakukan amal soleh tapi niat mau dunia, bagaimana tu? Contoh: Saya nak solat dhuha utk kemudahan dunia seperti harta dsbnya.
Ustaz : drp quran surah albaqarah. Sekiranya awak beramal utk bahagian dunia maka Allah kata awak akan dpt bahagian dunia tapi bahagian awak tak dpt. Kalau nak akhirat maka akhirat dpt dan dunia pun dpt.
(Al-Baqarah):201 - Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: "Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka".

Itulah Allah. Dia akan dekat kpd yg nak dekat kpdNya.

وَمَا كَانَ لِنَفْسٍ أَنْ تُؤْمِنَ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّهِ ۚ وَيَجْعَلُ الرِّجْسَ عَلَى الَّذِينَ لَا يَعْقِلُونَ

Dan berlaku dengan izin Allah menurut peraturanNya.

Ustaz : Benar

Bukan doa sy ajar tu aje malah ada banyak doa2 Allah ajar dlm quran dan nabi ajar dlm hadis.
Sy pula buat doa ni hasil drp kefahaman Allah fahamkan pd sy.

TAFSIR SURAH AL IKHLAS


EXT AYAT :

(بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ * اللَّهُ الصَّمَدُ * لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ * وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ)
[Surat Al-Ikhlas 1 - 4]

Dgn berkat nama bagi Allah yg maha pemurah lagi maha mengasihani. 
Allah suruh kita kata, Dialah Allah Tuhan kamu yg Maha Esa. 

Tak berkongsi Dia dgn sesiapa pun dalam mencipta memiliki memberi sumber rezeki mengurus mentadbir makhluk Nya.

Tak ada org bolih bodek, desak, menyuruh Allah buat apa saja. Tiadalah lah Dia ada perantara utk apa2 keperluan makhluk Nya.

Allah lah yg menjadi tumpuan segala makhluk Nya utk apa2 keperluan makhlukNya.

Semua makhluk berhajat supaya Allah menyempurnakan hajat2 mrk

Dia tak mungkin beranak dulu ke sekarang ke atau akan datang

Dan Dia tak mungkin di peranakan sesiapa dulu kini.

Maknanya Dia kesaorangan. Tak perlu kasih sayang anak dan kasih sayang ibu bapa.

Dan tak mungkin ada yg setara atau setaraf baik sikit atau banyak utk di buat perantara pd Nya , sesiapa pun melainkan Dia saja yg Maha Esa.

Saya nak fokus pd bab : tak mungkin Dia beranak

Memang Allah tak beranak. Semua manusia percaya Dia tak beranak.

Kenapa????? Dia kata gitu????

(وَقَالُوا اتَّخَذَ الرَّحْمَٰنُ وَلَدًا)
[Surat Maryam 88]

Kerana mrk yg engkar tauhid kata Ar Rahman ada mengambil anak
Allah tak beranak. Maka makna ayat walada ialah anak angkat
Kerana mrk yg engkar mengEsakan Allah kata Tuhan Rahman ambil anak angkat

Anak angkat ini mesti ada kuasa khas. Mrk sangka anak angkat Allah ni ada kuasa bolih desak atau bodek Allah atau ada kuasa2 sikit saperti kuasa Allah

Contohnya kristian kata nabi Isa as ada kuasa bolih bodek atau desak kerana dia manusia istimewa.
Nabi Isa as memang banyak mukjizat berbanding nabi kita. Mrk yg puja nabi Isa mula angkat nabi Isa as pd anak tuhan.
Beri kuasa2 khas pd nabi Isa dan maknya. Beri cara2 ibadat bidaah. Kemudian mrk buat ibadat yg guru2 mrk ajar

Betul kan????
(Pendita2 kristian beri tugas2 yg hasil drp bisikan setan dgn kata: 

Nabi Isa ni anak tuhan. Ada kuasa tu kuasa ni

Kemudian mrk buat bidaah. Utk buat pemujaan perantara dgn nabi Isa pd Allah.

Mrk katakan di gereja:

OO Jesus son of God, please bless me. Forgive my sins.

Ya Isa anak Tuhan. Tolonglah beri berkat pd kami. Ampunlah dosa kami... beritahu Allah utk beri berkat pd kami. Beritahu Allah beri keampunan dosa2 kami)

Mrk buat berhala itu bidaah. Memuja itu syirik. Faham????
Renjis2 air pd patong nabi Isa atau salib simbol nabi Isa as itu juga syirik.

Ajaran akidah syirik yg berasal drp amalan bidaah. Ada tak awak renjis2 pd sesuatu?
Renjis pd pengantin itu adalah ajaran pemujaan hindu.

Soal : TAbur duit atau coklat ust....?
Ustaz : Agak2 nya tak syirik ke???

Soal : Tapi pernah satu ketika ada seorang ajar saya supaya mandikan kereta baru beli dgn air YaSin?
Ustaz : Mandi kereta pun sama drp ajaran hindu. Semua ini adalah jenis pemujaan.

Tepung tawar macam hindu tepung tawar ke berhala mrk. Renjis2 pd berhala mrk. Begitu juga budha sikh dan kristian serta cina2

Ok kita sambung hal nabi Isa lagi . Nabi Isa tak ajar semua ni. Dia rasul. Kristian upgrade nabi Isa as drp nabi lagi rasul pd Anak Tuhan. Tujuan pemujaan .... betul???
Upgrade siti mariam rha pd isteri lah dlll.

Ada tak beri pangkat pd nabi kita yg nabi tak ajar?
J:Laqb Saidina tu macamana ustaz?
 : Buat Maulud tu kira puja nabi ke Ustaz?

Ustaz: Kita ada juga. Ya Ummu. Kita bukan upgrade nabi kita tapi kita ni downgrade nabi lagi rasul pd sama taraf dgn sahabat nabi.
Syaidina AbuBakar Omar Osman Ali kepada Syaidina Muhammad

J: al madad y rasulullah, Sayyidina muhammad..dlm tahiyyat
Ustaz: Sama tak????alau sama macamana ni???
Allah Tuhan kita panggil nabi kita Nabiyina Rasulina. Kita panggil sultan selangor atau dato najib bila dtg jumpa kita.

Selamat dtg penghulu sultan selangor atau pengulu datok najib perdana menteri malaysia.

Tergamak ke awak?????Allahuakhbar!!!!Kita telah ....... nabi kita tu!!!!!
Nabi kita sayidul mursalin. Penghulu para nabi2. Bukan dia penghulu kita. 

Tapi Nabi itu Nabi kita. Rasul kita. Nabi lah yg ajar kita semua ugama ini. Dia bukan berkongsi kuasa dgn Allah. Dia pesuruh Allah. Hamba Allah saja Nabi kita. Dia manusia biasa macam kita. Cuma dia Allah beri wahyu kita tidak.

Kenapa tak mrk faham ni. Belajar tasauf. Belajar sifat 20. Tapi perkara mudah2 gini tak faham. Baik.
Nabi Isa as mrk reka2 ibadat bidaah utk puja nabi Isa. Pangkah dada lah. Cium salib lah. Kita juga ada reka2 ibadat2 bidaah pd nabi kita. Apa????

J: Sambutan maulud
Ustaz : Ummu. Sekiranya saya bangun depan awak di tepi jalan ke atau dalam kedai makan ke kemudian saya kata:

Selamat datang kekasih pujaan ku nabi muhammad. Org tengok belaka.

Apa agak2 org kata pd saya Ummu?????
J: mcm tak betul je
Ustaz : Bukan gitu. Macam gila aje org ni kan?Kenapa?Ini terjemah dalam bahasa arab.
J : Itu yg berlaku dalam majlis khusus selawat sambil lambai tangan.
Ustaz : Betul. Macam orang gila.
Marhabannnnn ya nur rai ni. Selamat dtg kekasih pujaan ku nabi muhammad
Buat atas masjid pula tu.
Inilah akidah syirik pd Allah. Alasan nak memuliakan nabi. Bukan gitu.

Muliakan nabi ialah ikut saja ajaran nabi saperti dalam hadis kemudian kita selawat saperti mana nabi ajar. Cukup.

Berbalik pd tafsir lam yalid balik 

Allah tak mungkin beranak. Mrk kata Tuhan Rahman ambil anak angkat....surah mariam

(وَقُلِ الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي لَمْ يَتَّخِذْ وَلَدًا وَلَمْ يَكُنْ لَهُ شَرِيكٌ فِي الْمُلْكِ وَلَمْ يَكُنْ لَهُ وَلِيٌّ مِنَ الذُّلِّ ۖ وَكَبِّرْهُ تَكْبِيرًا)
[Surat Al-Isra 111]

Dan Allah suruh kita kata pd semua manusia. Pujian itu milik Allah saja. Sesama kita ada kita puji memuji. Tapi pujian sebenar hanya pd Allah saja. Zat Tuhan yg tak mungkin mengambil anak angkat.

Dia tak mungkin ada sekutu2 yg bolih bodek Allah utk buat sesuatu pd sesiapa. Dan tak mungkin Allah ada bagi Nya sekutu2 yg berkongsi dgn Nya dalam mengurus mentadbir makhluk Allah semasa Allah tadbir makhluk Nya 

Beri rezki, beri udara air angin dan segala keperluan makhluk. Dan tak mungkin juga ada bagi Allah drp sesiapa yg bolih sekat Nya memberi kehinaan pd sorg di dunia ini atau di akhirat.

Dan hendaklah manusia membesarkan Allah sebesar2 nya semasa tabligh atau sendirian. 
Makna nya tak ada sesiapa berkongsi kuasa utk sekat bala Allah atau sekat rahmat Allah jika Allah nak hina atau beri rahmat pd sesiapa.

Soalan: Berkaitan kekuasaan Allah yg tiada batasan. Cuma bila disebut Allah tidak akan ubah nasib sesuatu kaum, kecuali kaum itu sendiri mengubahnya. Ada org faham bahawa ketentuan Allah boleh di ubah. Harap soalan ni ada kaitan. Mohon penjlasan ustaz.? Sebab seolah-olah manusia juga berkuasa mengelak ketentuan /kuasa Allah. Naudzubillahi min dzalik. Macamana nak berhujah dgn org yg bersikap camtu?
Ustaz : Bab Ahmad tanya belum sampai lagi. 

Kalau Allah nak buat keputusan Nya tak bolih sesiapa sekat. Ayat di atas jelas Allah suruh kita semua tahu.

Tak ada siapa pun bolih buat atau suruh atau bodek Allah. Sebab Dia Allah.

Nanti bila sampai bab ini awak peringatkan saya.

Hari ini nak tumpu pd hal anak ni dulu.


Ustaz : (وَيُنْذِرَ الَّذِينَ قَالُوا اتَّخَذَ اللَّهُ وَلَدًا)
[Surat Al-Kahf 4]
Bersangkutan bab anak lagi. Saya suka tafsir ayat quran dgn ayat quran lain. Jika tak ada baru tafsir quran dgn hadis
Allah kata pd kita semua. Allah berkata dgn kita pd setiap ayat bila di baca

Soalan : Maaf Tanya ustaz,zaman Pemuda Kahfi tu umat nabi apa ye?
Ustaz : Zaman Kahfi ini selepas naik nya Nabi Isa ke Langit. Zaman awal kristian. Tafsir2 patut hurai berdasarkan kristian ori dgn kristian kufur sekarang. Tenguk utube saya surah al Kahfi.

Ustaz : Allah kata:
Hendaklah kamu Ummu Ahmad CR dan lain dlm group ini yg belajar tauhid Allah;

Memberi ancaman neraka pd sesiapa yg berakidah Allah taala ada ambil anak angkat.
Anak angkat utk mudah faham ialah kristian ambil nabi Isa sebagai perantara bagi pehak Allah.

Tujuan utk merapatkan diri pd Allah krn mrk jahil lah tak pandai quran injil taurat. Tak pandai ugama. Buat banyak dosa

Kristian kalau di tanya knp nak guna perantara nabi Isa maka mrk jawab saperti di atas. Tak bolih nak beri ancaman kalau kita sendiri belum jelas. Bila sudah dijelaskan Allah pd kita maka mudah saja kita hurai ancaman neraka ni. 

(مَا لَهُمْ بِهِ مِنْ عِلْمٍ وَلَا لِآبَائِهِمْ ۚ كَبُرَتْ كَلِمَةً تَخْرُجُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ ۚ إِنْ يَقُولُونَ إِلَّا كَذِبًا)
[Surat Al-Kahf 5]

Tak ada bagi mrk terhdp dakwaan demikian sebarang ilmu yg Allah ajar atau nabi ajar. Tiada dalam quran taurat atau injil dan hadis2 nabi. Dan tak lah juga mrk dakwa itu ada pd guru2 mrk sendiri.
Amat berat / buruk kata2 yg keluar drp mulut celupar mrk.
Tak lah mrk mendakwa ada perantaraan itu melainkan dusta semata2. 

Nah. Inilah dia tawasul

Org kristian pd nabi Isa nabi2 lain maknya, wali2 / saints dan malaikat2
Hindu pula puja dewa2 yaitu para malaikat. Murugam di batu caves itu ialah jibril as. Ganish yg kepala gajah tu mikail
Budha pula pd tok2 ca keramat yaitu wali2 dan budha sendiri... guru
Sikh pula pd paisam, guru2 nanak
Cina pula tok2 nenek mrk yg baik yg dpt tinggal di syurga
Syiah pula pd anak cucu nabi. Habib2 pula pd nabi2 wali2 dan malaikat2.
Kita.... nabi2 wali2 malaikat2
Serupa aje.

Sambungan tafsir :

Tak lah mrk kata melainkan dusta belaka.

Ustaz : Ada tak awak buat Ummu? Ahmad? CR? Gafar?????Nak tahu di mana dah di buat ni?
J : takda dah.

Ustaz : Masa permulaan maulud. Permulaan tahlil
J: Ila hadratin nabiyyi... Yg tu ke?
Ustaz : Kalau ada buat tahlil maka dah buat dah lah. Betul . Benar 
J : Saya tak buat tapi mak saya suka buat tahlil bila berkumpul adik beradik

Ustaz : (doa)
Ya Allah ya Tuhan ku. Ajarlah aku cara2 yg lebih baik supaya bolih aku ajar pd mrk2 ini. 

Aku kesian pd mrk. Mrk telah di tipu setan jin dan setan manusia lama dah. Begitu juga lah org2 lain

Inilah tawasul syirik pd Allah. Ilaa hahratin nabiyil mustafa.
Kpd hadrat nabi yg terpilih.

Wa aaalihi... dan segala keluarga nabi isteri2 dan anak2 serta keturunan nya

Wa ashaa bihi.... dan segala sahabat nya. Seru begini dah syirik

An hum.... drp mrk.Syai un ...sesuatu berkat aku nak 


Ini pun syirik sebab minta berkat dgn makhluk. Dah mati pula tu

Lillahitaala.... krn Allah aku minta berkat dgn mrk2 ini.....

Lafaz buat syirik krn Allah....syirik juga.

Al faatihah... aku hadiah kan pd mrk2 ini sebagai upah beri berkat ini.... syirik juga

(Doa dan nasihat) 
Allahuakhbar!!!! Ya Allah kesian nya mrk. Mrk tak tahu mrk dah syirik pd Mu.

Ya Allah berilah hidayah beri lah taufiq. 

Aku tak tahu nak buat macamana melainkan hanya pertolongan mu.

Aku kesian mrk2 ni. Bukan mrk jahat. Mrk di tipu Ya Allah.

Allah Tuhan kita ni anak2 sgt2 baik. Jgnlah buat lagi. Takutlah azab neraka Nya.

Minta ampunlah pd Allah. Bertaubatlah. Mrk tak ajar tauhid pd anak2 ku. Mrk ajar perkara 2 lain. Kesian nya. Kesian nya.


Kita dah serupa dgn kristian. Dgn hindu. Dgn syiah. Sebab itu lah habib2 mudah saja tipu kita. Dgn nyanyi2 nya. Joget2 nya.

Kesian nya kesian nya kaum ku Ya ALLAH YA TUHAN KU

Ustaz : Soalan nya fatihah kita hantar pos laju pd nabi kita tu sampai tak?
Adakah hal hantar fatihah atau wirid atau baca quran itu di sebut dlm quran?
Jawab nya ada.

(أَفَحَسِبَ الَّذِينَ كَفَرُوا أَنْ يَتَّخِذُوا عِبَادِي مِنْ دُونِي أَوْلِيَاءَ ۚ إِنَّا أَعْتَدْنَا جَهَنَّمَ لِلْكَافِرِينَ نُزُلًا)
[Surat Al-Kahf 102]

Apakah org2 engkar tauhid itu yaitu kafir itu menyangka Bahawa mrk mengambil selain drp Kami dgn tujuan utk rapat kan diri mrk pd Kami..Hamba2 Kami yaitu nabi2 wali2 dan para malaikat. Sebagai auliya' yaitu pelindung2 penjamin2 pemberi2 berkat.

Sesungguhnya telah Kami sediakan utk org engkar saperti ini neraka jahannam sebagai tempat tinggal mrk di akhirat kelak

(قُلْ هَلْ نُنَبِّئُكُمْ بِالْأَخْسَرِينَ أَعْمَالًا)
[Surat Al-Kahf 103]

Allah kata pd kita. 

Tanya mrk, suka kah aku ceritakan pd kamu dgn org yg paling rugi sekali amalan2 mrk di dunia ini

(الَّذِينَ ضَلَّ سَعْيُهُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ يَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ يُحْسِنُونَ صُنْعًا)
[Surat Al-Kahf 104]

Yaitu org2 sesat yg mrk sangka, usaha amalan bidaah / syirik yg mrk buat semasa di dunia ini; yg telah hilang lenyap drp mrk
Sedangkan mrk menyangka mrk telah berbuat usaha ibadat yg terbaik sekali

(أُولَٰئِكَ الَّذِينَ كَفَرُوا بِآيَاتِ رَبِّهِمْ وَلِقَائِهِ فَحَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فَلَا نُقِيمُ لَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَزْنًا)
[Surat Al-Kahf 105]

Org2 bersifat begini ialah org2 yg engkar dgn ayat2 quran tuhan mrk dan perjumpaan mrk dgn hisab amal mrk
Maka gugur semua sekali amal2 soleh mrk krn amal syirik bidaah mrk telah buat

Maka tak ada lagi lah dpt di timbang utk mrk sebarang amalan yg bolih di timbang di akhirat kelak.

Yaitu semua sekali hancur tak bolih di perbuat kira 

Tawasul yg telah buat maka dah hancur amalan soleh mrk. Semua sekali dah lenyap. Apa bolih buat ialah buat yg baru

Ibarat iman sebagai belon. Amal soleh sebagai angin yg di tiup ke dlm belon.

Setiap amal soleh di buat maka belon itu jadi besar dan besar dan besar.

Bila terkena saja dgn duri ke, pisau ke, kaca ke, daun lalang ke maka akan pecah lah belon itu.

Perlu beli lain kemudian tiup semula. 

Taubat kemudian buat balik.

Tapi kalau tak belajar tauhid syirik ni, amal soleh bidaah maka tentu awak akan buat.

Menyeluruh ni akidah rusak ni. Maka marilah saya ajar supaya awak pula lah sampaikan pd org lain.

Di bandar2 di desa. Kawan2 kenalan2 jiran2 kerabat2 juga pd semua org kafir.

Supaya semua kembali mengEsakan Allah Tuhan saya dan Tuhan Awak2 semua sekali
Usah peduli pd yg engkar bila dah di beritahu. Usah peduli pd ustaz2 ahli bidaah. Ahli syirik. Baik kumpulan kecil atau besar

Soalan : Jika buat amal nak pahla bagaimana pula?
Ustaz :  Itu lah kata2 ulama Su. Ulama jahat. Nabi kita ajar supaya mengharapkan pahala krn nabi ajar buat amal ni dapat ni.

Mrk pula buat rekaan ibadat. Taada dalil. Kalau kita tanya mrk tak bolih beritahu. Mrk ajar supaya jgn tanya. Mrk kata tak ikhlas lah macam2. Sebenarnya mrk tak mahu kita tahu mrk jahat

Selesai setakat ini.
Nak bawa cerifa fatihah hantar pd nabi tu sampai ke tidak. 14:22

(وَيَوْمَ نَحْشُرُهُمْ جَمِيعًا ثُمَّ نَقُولُ لِلَّذِينَ أَشْرَكُوا مَكَانَكُمْ أَنْتُمْ وَشُرَكَاؤُكُمْ ۚ فَزَيَّلْنَا بَيْنَهُمْ ۖ وَقَالَ شُرَكَاؤُهُمْ مَا كُنْتُمْ إِيَّانَا تَعْبُدُونَ)
[Surat Yunus 28]


Nak tahu sampai tak sampai fatihah ni di mahsyarlah.

Dan pd hari Kami kumpul mrk semua di mahsyar. Kemudian Kami katakan pd org2 yg buat syirik / melampaui batas. Kamu semua duduk di sini!!!!!Dan org2 yg kamu seru dulu masa kamu hidup. Yaitu para nabi, wali2 dan para malaikat. Kemudian Kami asingkan di antara mrk yg puja dgn yg di puja. Dan berkata org2 yg mrk seru nabi Isa bagi kristian. Nabi muhammad bagi Islam atau siapa saja mrk puja. Syeikh ab kadir jailani ke. Imam Husin ke. Jibril ke. Tok2 guru ke. Mrk kata: tidaklah kpd kami yg kamu puja, sembah, hantar fatihah dll. Habis hantar fatihah itu. Seru2 tu. Letak2 bunga. Renjis2 tu. Pangil2 semasa maulid tu pangil siapa?????

(فَكَفَىٰ بِاللَّهِ شَهِيدًا بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ إِنْ كُنَّا عَنْ عِبَادَتِكُمْ لَغَافِلِينَ)
[Surat Yunus 29]

Cukuplah bagi kami para nabi2 wali2 dan malaikat2 : Bahawa kami terhadap ibadat2 yg kamu lakukan dulu tu masa kamu tu, tak tahu menahu. 

Tiada rekod kita hantar fatihah pd nabi ke, wali ke atau malaikat. Habis kalau nabi tak sampai fatihah tu maka tak kan ibu bapa kita sampai ibadat rohàni begini? Sebab itu tahlil ni nabi kita tak ajar kerana nabi tahu ia bertentangan dgn ayat Allah.

(مَنْ عَمِلَ صَالِحًا فَلِنَفْسِهِ ۖ وَمَنْ أَسَاءَ فَعَلَيْهَا ۗ وَمَا رَبُّكَ بِظَلَّامٍ لِلْعَبِيدِ)
[Surat Fussilat 46]

Barangsiapa berbuat amal soleh maka pahala utk org itu saja.

Barangsiapa buat jahat maka dosa nya org itu saja tanggung.

Saya buat amal bolih pd saya. Saya buat dosa bolih pd saya.

Ini perintah Allah.

Dan Tuhan kamu tak akan menzalimi hamba2Nya. Kita buat tahlil kita langgar ayat ini. Malah beratus lagi ayat2 lain.

Ayat2 akhirat.... dan kamu akan di balas dgn sebab apa yg kamu lakukan... kerja... buatkan.. beratus.
Dalil akhirat sgt2 nyata. Sebelum saya jawab kita seru siapa sebenar nya drp ayat lain ada apa2 nak tanya??????

Soalan :Apakah beza sedekah alFatihah dgn Doa anak yg soleh ust??
Ustaz : Gini kalau kita sayang pd ibubapa kita nabi kita ajar. Ust Solah akan bawa hadis arab nya. Saya baca maksudnya saja.

Sorg sahabat jumpa nabi saw. Dia tanya nabi. Ya Rasul Allah. Emak aku mati. Apa patut aku buat utk nya?


Minta fatwalah tu. Nabi jawab. Kamu ada duit tak. Org itu kata ada.

Nabi kata : kamu upah org gali perigi. Infaqkan pd org ramai. Pahalanya kamu sedekahkan pd ibu kamu. 

Hadis ke 2
Ab Rahman jumpa nabi lalu kata : ya Rasul Allah. Aku ada kebun tamar paling comel pernah aku miliki.
Aku nak nabi jadi saksi. Aku hadiahkan / wakafkan kebun ini utk Islam. Pahala nya aku nak infaq pd ibu ku yg mati.

Nabi kata; bolihlah.


Saya tulis berdasar pd maksud bukan lafaz hadis sebenar. Tanya ust Solah anak saya hadis ni

Soalan : Apa beza 2 kisah sahabat d atas dgn Tahlil ust??
J : kisah sahabat tu sedekah benda fizikal, bukan benda ghaib

Ustaz : Kalau nak tolong ibu bapa akan dosa2 mrk maka minta ampun saja Allah ajar. Buatlah saperti nabi kita ajar. Kita sendiri mengaku dalam kalimah syahadah kita
Kita tak bolih ubah akidah org. Kita hanya bolih sampaikan saja. Kita selamat kita dan keluarga drp neraka. 

Drp ayat 28 29 surah yunus dah cukup. 

Apa awak buat bolih pd awak

Apa mak awak buat dia saja yg bolih.

Tak puas hati ke Allah tuhan kita ajar. Nabi kita ajar.

Takdir memang dah azali lagi. Masalahnya kita tak tahu. Kalau tahu senang. Allah tak beritahu pun pd nabi kita.


Olih krn tak tahu ini lah kita org2 beriman sentiasa bimbang. Sgt2 mengharap rahmat Allah krn kita tak tahu kita sendiri bagaimana kesudahan nya.

Kalau kita sayang pd ibubapa kita yg dah mati. Saya beri contuh.


Awak sedekah lah duit bayar letrik masjid di tempat awak utk bulan ni. Pahala tu awak sedekah pd mak awak.
Awak ada tanah wakafkan pd ugama. Pahala nya awak hadiah pd mak awak. Awak ada rumah. Wakafkan pd ugama . Hadiahkan pd mak awk. Tahu kah awak berapa kali mak awak tinggal solat semasa dia hidup????Nak tak tahu tak berapa lama dalam neraka 1 waktu tinggal solat ni??????Nak tahu tak. Sebab memang awak tak tahu berapa waktu mak awak tinggal solat. Saya tak tuduh mak awak tinggal solat. Andaian aje.

Drp hadis nabi.

1 waktu tinggal solat ialah 80 tahun dalam neraka. 1 hari di akhirat drp as sejadah sama dgn 1000 tahun. Dalam neraka. 

(Hadith Dhaif)

40 hari ialah 200 waktu. Kalau 40 hari saja tinggal solat. Azab neraka ialah 2.88 juta x 200 = 576,000,000,000 tahun. Awak ingat bolih tebus ke dgn fatihah yg memang nabi tak ajar tu. 
Kalau semua org malaysia islam kafir jadi islam belaka dan semua tahlil utk tolong mak awak saja. Bolih tebus ke drp neraka ni??? Tentu tak bolih. 
Dalam surah lain. Satu hari dalam neraka itu 50,000 tahun dunia. 1000 tahun utk di mahsyar
50000 tahun utk org dalam neraka. Allahuakhbar!! Allahuakhbar!!!! Allahuakhbar!!!!!!!! Nabi kita ajar mudah saja en Adam. Bertaubat dan minta ampun. Kalau rajin kadha lah. Lepas qadha pun perlu minta ampun lagi. Ya Allah ampunilah segala dosa2 ku dan dosa2 ke2 ibubapa ku