Wednesday, April 22, 2015

TAJUK :KALIMAH SYAHADAH


Malam ni saya nak bincang hal kalimah syahadat.

KALIMAH SYAHADAH YANG PERTAMA :

‘ASYHADU AN LA ILAA HA ILLA ALLAH’’

Ustaz : Asyhadu itu makna apa?
Jawab : Aku melihat, Aku menyertai, saya yakin, Aku bersaksi.

Ustaz : Aku melihat , menyertai tak tepat.
Aku bersaksi, bersumpah itu pd siapa????
Ya. Aku berjanji aku bersumpah pd Mu Allah Tuhan ku.
Asyhadu allaaa ilallahaa illallah

Ustaz : Apa tafsir?
Jawab : Aku bersaksi tiada tuhan melainkn allah, buat mana2 amal pun dengan nama Allah, Aku mengaku tiada tuhan yang patut diibadahi melainkn allah.

Ustaz : Mengaku tu Bolihlah tapi masih tak sempurna.
Ilah bukan sekadar tuhan sahaja., Jika kerja dengan solat, utamakan solat..
 keliru lagi?

Soalan : Ilah sembahan.- Aku " percaya " boleh ustaz?- aku mengaku dan menyaksikan dgn hati, lisan dan perbuatan bhw tidak ada Tuhan yg berhak diibadahi kecuali Allah yg maha esa..
Ustaz : Begini. Nabi saw bila di baca jibril pd nya: al mudatthir. Wahai org yg berselimut. Tak buat apa2 dan dah tidur.. Kum!!!... bangun!!!! Fa anzir!!!! ... berilah ancaman pd yg engkar berilah peringatan pd yg terima tauhid. Wa rabbaka fakabbir... Dan nama Tuhan mu hendaklah kamu perbesarkan semasa tabligh.
Lalu nabi saw terus ke masjidil haram. Ke jkkk masjidil haram yaitu pembesar2 quraisy.
Nabi kata: wahai kaum quraisy semua!! Jika aku kata pd kamu ada musuh nak serang kita di belajar bukit ini; kamu percaya tak?
Semua mrk kata kami percaya. Kamu kami beri gelaran Al Amin. Yang di percayai. Kamu tak pernah bohong.
Nabi pun kata laaa ila haillallah.
Musyrikin2 terus kata kamu dusta muhammad.

Jadi apa sebenar maksud kalimah itu?
Jawab : jgn membuat perantaraan dgn yg selain Allah
Ustaz : Benar.
Jadi begini bahagian pertama kalimah itu.

Aku bersumpah dan berjanji pd Mu Tuhan ku. Bahawa tiada lagi perantara dalam ibadat doa zikir munajat sembah niat nazar melainkan hanya pd Mu Allah Tuhan ku.

Dalil drp hadis di atas. Musyrikin tahu nabi kata berhala2 yg di buat perantara pd Allah. Berhala2 ada di sekeliling kaabah berjumlah 360 yg di buat perantara olih mrk.

KALIMAH SYAHADAH YANG KEDUA

‘WA ASYHADU ANNA MUHAMMADAR RASULULLAH’

Ustaz : Bagaimana pula dgn kalimah syahadat yg kedua???

Wa asyhadu.... makna???

(Jawab : Aku bersumpah dan berjanji... aku bersumpah dan berjanji pada Allah- Aku bersumpah dan berjanji pd Mu Tuhan ku..)
Ustaz : Betul.  Apa sumpahan nya????

Aku hanya ikut nabi ajar. tiada tambahan selain dari yang nabi ajar.

Jadi bila di tanya pd ramai org yg buat bidaah; knp awak kata nabi muhamad pesuruh Allah hampir semua mrk tak bolih jawab.

Mrk kata krn nabi itu pesuruh Allah. Saya tanya knp awak kata gitu sebab memang Allah dah lantik dia. Awak tak mengaku pun Allah sudah lantik dia.
Mrk kata lagi nabi jujur amanah
Saya jawab memang nabi gitu. Tapi knp awak kata dia rasul Allah? Tak terjawab.
Soalan : Maksud kalau kita buat bidaah kita telah melanggar sumpah ini..?
Ustaz : Betul . Sebab nak ikut ajaran nabi.
Jadi kalimah syahadat ke2:
Dan aku juga bersumpah berjanji berikrar pd Mu Tuhan ku :
Bahawa aku nak ikut hanya ajaran nabi muhamad rasul Allah.

Jadi kalimah syahadat ialah:

Aku bersumpah berjanji berikrar pd Mu Allah Tuhanku bahawa:

Tiada lagi lah perantaraan dalam ibadat, sembah puja berdoa berzikir berniat bermunajat melainkan hanya pada Mu Allah Tuhan ku.
Dan aku juga bersumpah berjanji berikrar bahawa aku nak ikut hanya ajaran nabi muhammad rasulullah saja.

Begini kita berhenti sekejap dan kita lafaz semula kalimah syahadat ini pd Allah. Anggap lah Dia sedang lihat awak semua.
Mari kita mengucapkannya semula..........

Ok sudah kah.......? 

Saya nak tanya apa perasaan awak semasa awak mengucap tadi?

Allah lah yg pilih awak semua belajar quran ini. Saya hanya menyampaikan saja. Allah taala lah yg beri hidayat pd awak semua.

Ada ayat khas utk awak2 semua tentang tauhid ini . Lafaz sebelum ni tiada sesiapa ajar pd awak kan? 
Kita tahu kita ni dah Islam. Tak Tahu sebenar nya.

 (وَمَا تَفَرَّقُوا إِلَّا مِنْ بَعْدِ مَا جَاءَهُمُ الْعِلْمُ بَغْيًا بَيْنَهُمْ ۚ وَلَوْلَا كَلِمَةٌ سَبَقَتْ مِنْ رَبِّكَ إِلَىٰ أَجَلٍ مُسَمًّى لَقُضِيَ بَيْنَهُمْ ۚ وَإِنَّ الَّذِينَ أُورِثُوا الْكِتَابَ مِنْ بَعْدِهِمْ لَفِي شَكٍّ مِنْهُ مُرِيبٍ)
[Surat Ash-Shura 14]

“ Tak akan berpecah belah sesuatu puak kampung daerah bandar dan negara sehingga dtg pdnya ilmu tauhid.

Sebabnya benci antara mrk, ahli sunnah benci pd ahli bidaah dan sebaliknya.

Kalaulah tidak krn keputusan Allah sebelum ini ( tangguh azab bagi yg engkar) tentu dah Allah buat keputusan Nya (masuk neraka) sehingga tempoh mrk hidup

Dan org2 yg mewarisi kitab (ajaran guru2 mrk) akan berada dlm syak wasangka terhadap ajakan tauhid dan dlm binggongurat Ash-Shura 14]

(شَرَعَ لَكُمْ مِنَ الدِّينِ مَا وَصَّىٰ بِهِ نُوحًا وَالَّذِي أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ وَمَا وَصَّيْنَا بِهِ إِبْرَاهِيمَ وَمُوسَىٰ وَعِيسَىٰ ۖ أَنْ أَقِيمُوا الدِّينَ وَلَا تَتَفَرَّقُوا فِيهِ ۚ كَبُرَ عَلَى الْمُشْرِكِينَ مَا تَدْعُوهُمْ إِلَيْهِ ۚ اللَّهُ يَجْتَبِي إِلَيْهِ مَنْ يَشَاءُ وَيَهْدِي إِلَيْهِ مَنْ يُنِيبُ)
[Surat Ash-Shura 13]

“Syariat utk kamu semua drp ugama (tauhid) seperti tulah juga pd nabi Nuh as , dan wahyu yg kami wahyu pd kamu, dan wasiat wahyu yg kami wahyu pd nabi Ibrahim as Musa as dan Isa as.
Iaitu tegakkan, hidupkan ajakan tauhid ini dan jgn kamu berpecah belah dalam tauhid ini.

Amat berat nak pikul ajakan tauhid kamu pd ahli2 musyrikin yg kamu mrk pd tauhid.

Allah akan menarik perlahan2 org2 yg Allah pilih dan memimpin org2 itu pd Nya iaitu org2 yg mahu mencari kebenaran.”

Ayat akhir itu ialah awak2 semua. Insya Allah..

Saya nasihat pd awak2 semua. 
Ajarlah kalimah syahadat ini pd isteri pd suami pd anak2 pd saudara mara pd kawan2 pd adik beradik pd jiran2 pd hindu budha sikh kristian dan siapa saja.

Tahu tak semua? Saya ada baca doa. Saya pohon pd Allah minggu lepas.

Ya Allah. Kurnia lah pd ku satu kumpulan manusia yg mencari kebenaran Mu Allah Tuhanku. Bolih aku ajar pd mrk semua supaya mrk pula sampai lagi pd org lain.
Makbullah Ya Allah...

Soalan : Bagaimana cara yg berkesan untuk jelaskan konsep syahadah kepada non muslim?
Ustaz : Beritahu ttg Allah saja. Tak perlu beritahu hal Islam sebab mrk dah tahu Islam.

Allah Tuhan kita ni mrk pun tahu. Mrk tahu Allah tuhan. Cuba tanya hindu. Berhala kamu sembah tu adakah itu tuhan kamu? Mrk jawab bukan tuhan. Kamu ingat kami bodoh ke, itu batu kami buat. Begitu juga cina, budha dll

Tanya mrk. Jadi kamu sembah apa?. Hindu jawab. Dewa. Dewa itu tuhan kamu ke? Mrk jawab bukan. Itu perantara kami saja. Habis siapa tuhan kamu? Mrk jawab Tuan Allah, atau tuhan yg satu atau siva. 
Habis siva tu atau tuhan yg satu itu, Dia kah yg cipta langit dan bumi ni? Mrk jawab ya. Mrk akan kata , ugama kita sama saja lain2 tapi kita sembah tuhan itu juga.  Jgn kita jawab ya. Kalau jawab begitu bermakna kita mengiyakan ugama mrk. Kita pula jadi kufur. 

Sebab itu kita tanya mrk ttg apa yg mrk faham ttg Allah. Pernahkah mrk sembah Allah. Minta doa pd Allah pernah tak? Mrk jawab tak pernah.
Maka perbesarlah Allah. Ceritalah pd mrk Allah tuhan kita.


TAJUK ESOK : PERANTARA
Admin : ayat org musyrikin buat perantaraan..

“Dan orang-orang yang menjadikan selain Allah sebagai penolong mengatakan, ‘Sesungguhnya kami tidak menyembah mereka, melainkan hanya supaya mereka mendekatkan kami kepada Allah dengan sedekat-dekatnya’ ” (QS. Az-Zumar : 3).

USUL TAFSIR 1 OLEH TN GURU USTAZ ROSMAN

BERKAITAN GURU YANG AMBIL UPAH MENGAJAR AGAMA

Nabi kita berkata dalam quran:

1. aku tak minta apa2 upah drp kamu atas ajakan tauhid ini tapi hanya sebagai hubungan silaturahim di antara keluarga.

2. (Ayat lain) Nabi kata : 'aku tak ambil sebarang upahan atas ngajar ugama ini. Upahku hanya drp Allah saja. 'Semua nabi2 lain pun berkata yg sama.

Agak2 nya apa maksud tak ambil upah ni? Habis nak guna juga duit buat makan dan transport.

Adakah ayat ini hanya khas utk para nabi saja?

3. Nabi Nuh kata dalam quran: 'Aku tak minta apa2 upah drp kamu atas sebar tauhid ini. Upah ku drp Allah saja.'

Apa sebenarnya maksud ni? Hanya pd nabi saja ke atau apa?

*(مَنْ كَانَ يُرِيدُ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا وَزِينَتَهَا نُوَفِّ إِلَيْهِمْ أَعْمَالَهُمْ فِيهَا وَهُمْ فِيهَا لَا يُبْخَسُونَ)
[Surat Hud 15]

Dan Ayat 16 Surah *

2 ayat di atas khas bagi org2 yg ambil upah drp amal soleh mrk buat. 
Tempat nya Neraka.

Sesiapa yg ingin nak tukar amal solehnya dgn upah dunia. Allah akan beri apa yg dia nak dan Allah tak kurang sedikit pun apa yg dia nak itu.

Org2 bersifat begini maka tiada lagi bagi mrk di akhirat kelak melainkan api Neraka. Gugur semua amalan yg mrk lakukan dan batal pula amalan yg mrk telah lakukan.

*Maksudnya: 
Jika kita buat solat jenazah dan ambil upah. Maka batal solat itu. Batal pula pahalanya dan tempat Neraka

Nabi tak ambil upah krn ayat ni lah. Nabi tak minta upah krn di haramkan pd semua nabi2.
Nabi kata sebagai hubungan silarurahim antara keluarga yaitu beritahu tauhid ni macam kita sayang pd keluarga, takkan kita nak minta upah. Nabi hanya terima hadiah dan harta ghanimah saja
Soal nya macamana pula dgn ustaz2 yg ngajar? Nak ke sana kemari tu perlu wang?
Sila jawab.

Ustaz : Adakah ustaz2 guru2 bolih terima upah ngajar?
1 : harus...tetapi pahala tak dapat.
2 : Apa yg saya nampak mereka kerja lain. Cth kebun, meniaga dll.
3 : Tapi bila ajar bab agama frre. Saya ada jumpa seorg ustaz mcm ni

Ustaz : Memang ngajar ugama mesti percuma walaupun dia tiada kerja lain. Ini tanggungjawab guru tu. Saya ngajar percuma saja kemana saja saya pergi ngajar.

Soalan : jika pihak masjid hulur sampul

Ustaz : Saya ngajar di Ipoh sudah 4 tahun 2 minggu sekali.
Di sg buluh 2 minggu sekali dah hampir 6 tahun.
Ngajar lagi di kb dah 9 tahun.
Ke sarawak sabah atau kemana saja org jemput saya, semua percuma.
Madrasah saya di kg melayu subang juga percuma.
Belajar sepenuh masa di madrasah anak saya di tok bali kelantan juga percuma yuran bulanan, pendaftaran, yuran makan dan yuran asrama. Dah berfungsi 11 tahun.

Kami di ajar drp sanah tafsir dan hadis yg kami belajar agar tak ambil upah.

(اتَّبِعُوا مَنْ لَا يَسْأَلُكُمْ أَجْرًا وَهُمْ مُهْتَدُونَ)
[Surat Ya-Seen 21]

Satu ujian besar utk boleh buat ini. Saya dan anak saya tiada punca pendapatan. Kami buat saja apa yg Allah dan Rasul suruh.

Saya kalau org kata ni ustaz duit minyak atau makan atau hotel ustaz maka terus saya tolak.

Ustaz : Ajar selain drp ugama adalah di bolehkan. Ustaz yg kerja dgn kerajaan di boleh kan ambil ikut sunnah sahabat nabi yaitu khalifah Abu Bakar, Omar, Osman dan Ali ra.
Ajar bahasa arab bolih ambil upah.
Ajar ugama , tafsir dan hadis perlu di isytihar pd permulaan ngajar tak ambil upah.
Sekiranya dah mrk tahu maka sesiapa yg nak bersedekah pd ustaz itu bolih lah. Bukan di punggut tarik kotak tu tak bolih.
Yaitu masing2 saja beri sendiri.

Soalan : Pengertian Al Quran perlu dirujuk kepada mufasirin mu'tabar dan berlandaskan kpd ilmu2 Islam wajib yg lain terutama fiqh dan usul fiqh....
sbgmn jadi imam dan bilal skrg harus upah utk menjaga kemaslahatan ...islam...yusuf alqaradawi.. Mcm mana ?
Ustaz : Sebab itulah di Mesir masih ada lagi kubur2 besar yg org ramai duduk di kubur berkeluarga. Org macam Yusof Qardawi ni lah antara yg tidak menghalang.


(وَمَا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ ۖ إِنْ أَجْرِيَ إِلَّا عَلَىٰ رَبِّ الْعَالَمِينَ)
[Surat Ash-Shu'ara 109]

Ustaz : Madrasah kami di tok bali ajar:

1. Hafiz quran...3 tahun
2. Ilmu alat utk belajar quran... 2 tahun.
3. Tafsir dan hadis2 kitab kecil serta fekah ...4 tahun.
4. Hadis kutubussitah 2 tahun.

Semua penginapan makan dan yuran adalah percuma.
Terbuka pd semua.


Soalan  1.: ramai ustaz mengajar dari masjid ke masjid sebagai sumber pendapatan...bagaimana dgn situasi ini?
Ustaz : Mengajar di masjid atau di mana2 perlu di isytihar tak ambil upah. Jika mrk beri sorg sorg bukan kumpulan maka boleh lah.

Soalan  2 : adakah keyakinan seorang ustaz itu jika dia fikir permulakan "kewangan" dan dia berusaha berniaga atau bekerja utk dia dpt bergerak lebih jauh termasuk perbuatan yg tidak mengambil upah?
Ustaz : Fatwa yg mrk kata bolih ambil upah tu krn mrk ambil upah. Nak sah kan saja.
Saya dah bawa ayat quran di atas surah hud.
Sekarang ni di kelantan solat jenazah ke bayar.
Di kelang kg kuantan, siap tulis upah imam ialah 80 rm.
Semua ahli sunnah tak ambil upah ngajar.

Soalan 3 : Kita bagi hadiah bolehkan?
Ustaz :  Jika mrk kata ini utk makan ust atau utk hotel atau utk transport maka tak boleh lah ambil.
Jika hadiah maka boleh lah.

Soalan 4 : Air zam zam 30 juzk tu termasuk kes ambil upah juga ke ust?
Ustaz : Jual air zam2 ke atau air tawar ke itu jgn beli. Tiada dalil

Soalan 5 : Bagaimana dengan air anugerah tu Ustaz? air jampi 40juz+mcm2 ayat ruqyah katanya
Ustaz : Tu lah masaalah nya. Dia jampi dia jual. Condong pd syirik berdasar pd hati pembeli. Jgn beli lebih baik

Soalan 6: Ust..klu kt klntn dari gali kubur sampai ngatib semua upah..mcmana tu
Ustaz : Inilah masaalah besar. Kalau ambil upah solat jenazah maka batal solat itu ruj hud di atas.
Jadi kalau semua ambil maka jenazah tak di solat lagi maknanya. Macamana pula nak tanam jenazah belum di solat???

Nampak tak betapa mungkar nya ugama yg di bidaahkan ini.

Soalan 7 : Bagaimana mazhab Syafie, Maliki dan Zahiri blh khilaf dgn mazhab selain mereka dalam isu ambil upah mengajar Quran? Adakah dalil pemahaman atas surah Hud itu berbeza di kalangan mazhab?
Ustaz : nilah yg perlu kita semua hadapi. Sebar pd semua supaya berhenti amal.
Ramai ustaz yg saya kenal tak ambil upah. Ini perkara bukan kerja org awam tak kerja ustaz2.

(اتَّبِعُوا مَنْ لَا يَسْأَلُكُمْ أَجْرًا وَهُمْ مُهْتَدُونَ)
[Surat Ya-Seen 21]

Ikuti lah saja org2 yg ngajar ugama yg tak ambil upah. Dan mrk itu org2 terpimpin.
Gini. Belajar lah dgn ustaz yg tak ambil upah. Mrk itu takut nak ambil krn Allah.

Soalan 8: Dr awl sy bc pasal upah kan ustaz... habis kita guna semua benda kena byr... kalau tak ambil upah nak byr camner... ke ada rezeki lain ustaz... sy memang kagum dgn ahli sunnah tak ambil upah tapi mana dpt duitnya ustaz.. sy tahu jwpn mesti ckp Allah bg... sy tahu cuma sy pelik ngat.... maaf sy insan yg dhoif...
Ustaz : Nak tahu ke  apa yg saya dok kata drp tadi??? Awak sorg yg tanya perkara pelik ni....
Jawapan nya: Zaalikumullah.... Itulah Dia Allah..Rabbi.... Tuhanku..Wa rabbukum... Dan Tuhan kamu juga. Fa'buduuhu... Sembah lah, pujalah ibadalah berdoalah bermunazatlah berzikirlah pada Dia saja, Haaza siraatimmustaqim.... Ini lah dia jalan yg lurus.

Kalau kita sembah Allah saja berdoa pd Allah saja maka semua nya jadi mudah.
*(Allah akn kurniakan dri jalan mna saja yg Dia kehendaki..pergantungan mesti total)
Ayat seribu dinar.
Sekiranya kamu bertakwa pd Allah maka Allah akan buka jalan keluar dan memberi rezeki drp sumber yg kamu pun tak tahu.
Sekiranya kamu bertawakkal pd Dia saja maka Dia akan mencukupi apa yg tak cukup.

Saya tak kata hal org lain. Saya kata inilah Dia Allah tuhan kita semua

Soalan : Ustdh rosman..boleh tak sy simpulkan.. kalau kita mngajar perihal agama dan tiada mminta upah..bertawakkal pada Allah.. Allah akan turunkan rezeki dgn tdak dsangka2 .mungkin rezeki dari pekerjaan yg lain?
Ustaz : Benar sekali. Saya sendiri percaya begitu tapi nak amal tu amatlah susah. Nak tahu cerita saya. Begini asalnya.

Pengalaman Ustaz

Saya masa tu sudah khatam 2x tafsir dan sedang belajar abi daud dan tarmizi. Saya pula ngajar di sebuah masjid di mulong dekat kbharu. Saya dah tak kerja sudah 4 tahun sejak saya belajar tafsir. 

Perjalanan ke Lakloh Jertih drp tok bali ialah 35 km utk kelas hadis. Kadang2 2x sehari. Perjalanan drp Lakloh ke mulong itu 70 km. Mulong ke tok bali 60 km. Jadi perjalanan di hari saya ngajar ialah 165 km tak termasuk makan malam. 

Suatu hari saya hanya ada rm 10 saja. Nak ke kelas, ngajar dan makan. Minyak kereta pula kering. Saya buat keputusan utk ke kelas hadis saja. Tak ngajar lah malam tu. Saya pujuk diri saya. Saya tak ambil upah. Apa salah saya cuti satu kali. Saya di waktu maghrib tu serba salah. Saya rasa macam salah aje tak ngajar malam tu. Tak dapat saya tidur. Esok nya anak saya beri duit maka bolihlah saya ke kelas hadis. 
Semasa dalam kelas saya asyik teringat saya ponteng. Tiba2 ust ajar hadis hal jihad. Dalam tu ada hadis, maksud begini. Sahabat berhutang nak pergi berjihad krn tak ada duit. Bertalu2 hadis saperti itu sampai habis kelas. 
Tahulah saya , saya sudah tak pandai bersyukur pd Allah Tuhan saya. Dialah yg mencipta saya. Memberi segala keperluan hidup saya. Saya tak tahu pun tapi Dia buat semua utk kita. Tak peduli Dia kita tahu ke tak tahu ke. Dia buat aje. Dia lah Allah yg memberi hidayat pd saya jadi Islam. Hidayat tambahan utk belajar. Hidayat tambahan utk faham wahyu dan hadis nabi. 
Tapi saya sorg yg tak pandai kenang budi. Aku bertaubat pd Mu Tuhan ku di atas cuai nya aku pd Mu. Saya malu nak pinjam duit utk sebar ugama Allah. Malunya aku pd Mu Tuhanku. Saya pun berazam akan pergi ngajar walaupun saya terpaksa berhutang. Namun saya tak mungkin dapat mensyukuri Allah Tuhan saya saperti sapatutnya. Tiba hari ngajar. Saya pinjam duit 30 rm saja dapat. Saya pesan ke mak aji isteri saya. Masak nasi sebab saya balik makan jam 10.30 malam. Tak bolih makan di kedai.
Malam tu saya ngajar surah bahagian akhir al baqarah. Tiba ayat 273 saya jadi sedih sebab ayat itu Allah cerita hal saya. Saya tersedu2 membaca ayat itu. Hampir2 tak bolih ngajar kerana Allah dok cerita pd org hal saya. Tak bolih jadi imam malam itu. Bila saya masuk kereta saya, tiba2 pintu sebelah di buka org. 
Org itu kata ini ustaz zakat saya. Saya tak bolih jawab. Saya tengok kat dia saja. Tak terkata. Saya bawa kereta hingga hilang drp pandangan org, saya tengok dan bilang duit itu. Rm 5500. 
Masya Allah. Kamu lah Tuhan ku. Kamu tahu apa dalam hati ku. Kamu makbul doa ku. Itulah Dia Allah. Tuhan ku dan Tuhan kamu juga. Sembahlah Dia saja. Inilah jalan yg lurus. Seminggu kemudian org beri lagi zakat 10,000. Lepas itu 5000 dan seterusnya. Taklah lagi saya susah begitu lagi. Ada kena musibah2 dalam perjalanan. Allah sentiasa bantu saya. Belanja sebar ugama ni besar. Tak mungkin saya bolih buat melainkan nusrah Allah. Allah lah yg benar. 

Soalan : Ust Rosman ada amalkn doa yg khusus ke ?? Rezki yg melimpah?
Ustaz : Doa saya pendek je. Doa drp quran.
“Allahumma ya Allah. Takabbalmina. Inna ka antas samii ul alim.

Ya Allah ya tuhan ku. Terimalah segala usaha ku utk Mu. Sesungguhnya Kamu Tuhanku. Yang Maha Mendengar segala keperluan2 ku dan Maha Mengetahui macamana nak tolong ku”
Semoga awak2 semua di rahmati Allah. Saya pun sangat2 berharap pd pertemuan dgn A
Saya sgt2 berharap pd keampunan drp Allah akan segala dosa2 saya.

(Soalan)
1.       Maksud ambil upah di sini adakah dgn menetapkan upah atau menerima saguhati (tak minta
2.       tp ada org nak bagi) juga dikira sbg ambil upah?
3.       Nabi kita kata dalam quran: aku tak minta apa2 upah drp kamu atas ajakan tauhid ini tapi hanya sebagai hubungan silaturahim di antara keluarga.
Tolong jelaskan " Nabi kita kata dalam quran"

4.       Saya minta penjelasan ayat "Nabi kita kata dalam quran" . Adakah sumber asal nya dari nabi atau dari al quran?

SOAL JAWAB 2 BERSAMA USTAZ

Soalan : maaf ustaz ,sy lambat nok faham bab berdoa secara berjemaah slps solat berjemaah,boleh ke tidak,,satu lagi berdoa slps baca surah yassin disekolah...kalu ustaz ada masa ustaz jawab...doakan saya jugok ustaz . Sy dgr dari radio ikim,,ustaz tu kata berdoa scr berjemaah berkat,,
Ustaz : Khairul. Baca wirid dan berdoa berjemaah adalah bidaah. Baca doa sendiri2 itu makbul drp hadis. Knp nak ikut imam?
Dia baca wirid dan berdoa kuat2 tu dah lah bidaah malah ganggu org solat. Ganggu solat berdosa. Jika kita ikut serta maka sama juga lah.
Berdoa selepas baca ayat2 quran adalah bagus utk makbul doa. Baca yassin tu saja tak betul
Bacalah surah2 lain pun sama. Makan dulu. Baru bolih makan lepas kelas
Sy akan bangun sebaik sj sy dengar imam baca wirid. Terus solat sunat.
Semua mazhab tak amal wirid berjemaah selepas solat. Hanya malaysia atau nusantara sj.

Soalan : Kalau berdoa tak ikut imam akan dikata Wahabi!
Ustaz : Memang lah . Itu tanda tauhid dan sunnah ini dah sampai pd mrk. Mrk sj degil

Soalan : Klau d tolak jd imam bagaimana ust?? Adakah perlu raikan ??
Ustaz : Jika di suruh jadi imam jgn tolak. Sudah solat baca aje dlm hati. Doa dlm hati aje. Sy buat gitu. Sy tak peduli bidaah mrk

Soalan : Ustaz.. Maaf baru nk tanye soklan yg siang td.. Ustaz kata siang td "Pernahkah awak2 dengar perkara2 ini di ajar di masjid2 surau2?"... Hm bule ke kite bersangka baik dgn ustaz2 tu sume sb x ngajar kan ilmu yg benar menurut quran dan sunnah ni? Mgkin mereka mengajar atas kemampuan mereka saje?

Ustaz :Betul macam awak kata. Tapi sy bermaksud lain sikit. Kalau mrk tahu tapi tak ajar mrk sembunyi wahyu.Kalau mrk tak tahu maka mrk tak layak utk ngajar sebab tauhid tak tahu. Nanti org ramai terpesong krn tak tahu dia.Sy pernah jumpa sorg ust di sg siput perak. Sy musafir ke ipoh krn ngajar. Sy singgah solat maghrib di satu surau.Ust sedang ngajar drp satu kitab besar berkenaan khurafat.
Dia baca hadis. Musyrikin percaya binatang2 bolih bawa menafaat atau bala. Gitulah hadis yg sy ingat dia kata. Sy pun ada belajar hadis sedemikian. Dah lama sy tak dengar org ngajar hadis. Syok lah sy.
Drp huraian2 nya dia cerita dia kata percaya pd burung hantu berkokok ada org nak mati. Dia kata ini khurafat. Berdosa. Habis. Dia baca hadis lain pula.
Selepas solat isya sy jumpa dia sorg2. Sy tanya ust sy ni org musafir. Singgah di sini utk solat. Sy suka ust ngajar guna hadis. Sy tanya. Ust kata percaya ke burong hantu tu khurafat. Ust kata berdosa. Berdosa kelas mana khurafat ni?Macam dusta ke, mencuri ke atau lebih besar??Dia terdiam. Senyap terus sambil tunduk kepala. Lama dia begitu. Sy tanya ust tahu ke tidak ni? Dia pun kata dia belajar luar negara. Sy kata knp ust ngajar perkara yg ust sendiri tak tahu. Inilah syirik pd Allah. Esok ust beritahu jemaah ini kesilapan ust. Perbetulkan. Minta ampun pd Allah. Sy pergi masjid2 dengar ust2 ngajar. Banyak karut2. Baca hadis dgn maksud lain, Terdiam lagi.Sy tanya. Ust tak tahu kan? Dia geleng2 kepala. Mrk hanya layak tazkirah. Bukan ngajar. Tazkirah awak pun bolih buat cuma jgn salah.

Ustaz : Baca ayat quran tefsir ikut selera dia aje. Cuba tanya slow2 sorg dgn ust2 ahli bidaah tu. Ada belajar tafsir ke ? Hadis?90% yg ngajar di masjid2 surau2 tak belajar atau belajar sikit. Tak apa. Tazkirah.
Jgn kata depan Allah. Knp kamu tak belajar wahyu Aku?
Sorry Allah. Sy sibuk .Beres kalau awak berani !

J

SOAL JAWAB 3 BERKAITAN ZIKIR, TAWASSUL DAN AMALAN BERDUKUN


Soalan : byk mungkin fikir syurga.. tp kita terlupa nk jmpe "tuan pnya syurga".Allah. Subhanallah. Sebelum ni apa yang saya faham siratal tal mustaqim lebih kepada follow apa yg ditempuh para ambiya dan org soleh. tak terfikir hakikat destinasi itu bila tune balik seperti ustaz ajar ia beri impak sedikit sebyk ttg istiqamah itu. iaitu tujuan itu iailah utk berjumpa Allah swt. Org beriman pasti ingin berjmpa Allah swt. apabila tauhid itu muncul maka kita sndiri akan phm bahwa bahayanya syirik , bidaah, dan syirik khofi.
apabila tauhid itu muncul maka kita sndiri akan phm bahwa bahayanya syirik , bidaah, dan syirik khofi. bahaya-nya

Ustaz : Ya benar. Takkan ke syurga Allah nak masuk. Tapi tuan punya syurga tak nak jumpa. Macamana ni????

Soalan : Assalam ust adakah benar ada dua golongan yg masok surga iaitu yg dapat melihat wajah Allah dan satu lagi dapat masok surga tapi tak dspat melihat wajah Allah.?

Ustaz : Wsalam. Ust tak tahu ada yg tak bolih tengok Allah dlm syurga. Wallahuaklam

 (أَلَا لِلَّهِ الدِّينُ الْخَالِصُ ۚ وَالَّذِينَ اتَّخَذُوا مِنْ دُونِهِ أَوْلِيَاءَ مَا نَعْبُدُهُمْ إِلَّا لِيُقَرِّبُونَا إِلَى اللَّهِ زُلْفَىٰ إِنَّ اللَّهَ يَحْكُمُ بَيْنَهُمْ فِي مَا هُمْ فِيهِ يَخْتَلِفُونَ ۗ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي مَنْ هُوَ كَاذِبٌ كَفَّارٌ)
[Surat Az-Zumar 3]

Tafsir:

Pengumuman Aĺlah pd semua.
KETAHUI LAH.....
Milik Allah sj lah ugama yg lurus, benar ini.
Bukan milik Allah dan nabi. Juga bukan milik kita.
Ugama Allah.
Kita milik Allah.
Nabi milik Allah.
Ibadat.. di beri pahala olih Allah
Akhirat milik Allah.
Mahsyar di bicara depan Allah
Masuk syurga / neraka Allah.

Tidak berkongsi Allah pd penciptaan segala makhluk Nya.
Pemilikan Makhluk Nya pun berkongsi dgn sesiapa
Pentadbiran urusan makhlukNya tak berkongsi
Pemilikan makhlukNya pun Allah tak berkongsi dgn sesiapa pun
Pembetulan..tafsir di atas
Allah serta merta beri ancaman Nya selepas Dia umumkan Ugama ini milik Nya sj
Dan org2 yg mengambil selain drp Allah pelindung2, penolong2, penjamin2, yaitu nabi2 , wali2 dan para malaikat.

Ruj: Al Kahfi :102 : auliya di situ ialah hamba2 Allah... nabi wali malaikat.

Ustaz : Akidah mrk yg memuja ini bukan tak percaya Allah sebagai Tuhan tapi sekadar
Tàk lah kami puja zikir ibadat nazar dll pd mrk2 ini melainkan hanya utk merapatkan diri mrk pd Allah serapat/ sedekat2 nya.
Jadi min du nillah...selain drp Allah itu bermakna:

Untuk rapat diri pd Allah sedekat2 sehampir2 nya.

Kenapa mrk berakidah begini???
Mrk rasa mrk tak reti ugama. Tak pandai baca quran. Tak pandai hadis. Tak tahu hukum2. Tak solat tak puasa, dosa banyak.
Jadi kalau rapat dgn nabi wali malaikat ni, ďia akan rapat pd Allah.
Inilah syirik2 yg berlaku

Sesungguhnya Allah akan buat keputusan di antara mrk (yaitu org2 beriman yg tak buat tawasul dgn org2 yg buat tawasul.)
Terhadap apa (ajakan tauhid) yg mrk pd ajakan tauhid itu berselisih

Berselisih bermaksud:
Satu group kata : tawasul itu bolih...syurga
Satu group làin kata : tawasul itu syirik....neraka

Sesungguhnya Allah tak akan beri pimpinan hidayah pd sesiapa yg dgn kata2 nya tawasul itu bolih.
Kufur pula pd akidah ini bila mrk amal kan tawasul
Inilah tawasul2 kristian, yahudi, hindu, budha, sikh, habib, syiah, ayah pin, setengah ahli2 tasauf, tarikat2 yg seru hamba2 Allah utk apa2 hajat mrk
Solat hajat itu menepat defini ini. Sebab itu nabi kita tak ajar tawasul semasa tahlil dan maulud juga
...ilahadratin..al fatihah….
Sebab itu nabi tak ajar
Masa bomoh2 pun ada seru2 nabi2 wali2 malaikat2 termasuk jembalang2 jin2 guru2
Masa bersilat seru2 panglima hitam, panglima yusof, sheh ab kadir jailani, uwais, hang tuah dan lain2
Masa wirid2 keramat: seru nabi wali malaikat.
Contoh : jibril di depan ku, mikail di belakang ku, israfil di kanan ku, izrail di kiri ku.
Nabi muhamad depan ku, sy abu bakar belakangku, sy omar di kanan ku, sy osman di kiriku dan sy ali di atas ku. Banyak lagi
Inilah akidah2 syirik, yg di dlmnya ada amalan2 syirik.Bertaubatlah kita jika kita ada akidah ini. Ada amalan2 ini
Habis….Ust di halau dr 8 masjid bila ngajar surah ini. Sekali ngajar aje

* Org2 perempuan baca seruan pd puteri Saadon atau sejenis nya dan di tiup pd tangan serta di sapu pd muka supaya suami sayang.

Ustaz : Betul. Terlampau banyak nak beri contoh. Tapi ust rasa org2 lain beri juga contoh2 lain supaya group ini dpt tahu

*Macam dalam lagu mawi je malaikat depan belakang kiri kanan.

Ustaz : Serupa lah tu. Macamana majlis ugama tak fatwakan? Heran
Jika sesiapa di sini ada buat apa2 yg ust dah cerita. Setiap sekali buat dulu tu dah dtg setan pd sdr2 semua. Jin2 ni tak akan lari kemana2. Sdr2 solat ke, pergi haji ke, masuk masjid ke. Jin2 ni buat de' aje. Sebab sdr berasa dah terpimpin. Sehingga lah sdr2 pasang niat atau doa dgn hati bersih:
‘Ya Allah tunjuk lah aku jalan yg lurus. ‘
Terpecat lah jin2 drp dekat sdr2. Marahlah mrk. Invesment bertahun2 berjuta2 rm dah belanja akan hancur kalau biar org ini temui jln benar.
Mrk akan mula rasuk dgn tunjuk2 bayang mrk malam2. Rasa macam org tarik2 kaki masa tidur. Lebam2 tubuh. Berasa macam ada jin dlm rumah. Anak2 bayi2 menanggis2 malam. Lalu sdr2 cari bomoh utk halau jin2 ini
Ramai bomoh2 pula belajar drp guru2 yg ajar tawassul gini juga tapi mrk bomoh2 tak di rasuk...dah member
Bomoh2 ni dtg baca2 tawasul, scan2, baca ayat2 pd limau purut, bertih, kacang hijau, garam dll. Beritahu macam2. Lalu sdr2 pun percaya balik akidah2 yg Allah dah buka sikit2 tu.
Jin2 pun lari dgn berbagai tipuan. Mengaduh2 sakit lah. Terbakar bulu lah. Sakit lah. Minta tebusan ayam hitam pulut kuning. Sdr2 pun buat. Jin pun lari. Bomoh pun di bayar. Sdr2 pun berasa lega. Mrk sudah berjaya kembalikan sdr2 pd kufur semula.

Soalan : Mcm kalu yg dtg jmpa kita.. lepas bagtau die baca2.. (katanye ayat alquran) lepas tu katanye die nmpk dlm diri kita n mcm mana... lepas die bg suggestion kalu nknberubat dgn dia..Dia x paksa la... Macam logik ke nk berubat.. byrn tu ape laa kan.. walopon melampau2.. tp minta beli quran.. sejadah.. telekung... Byran ikut pakej nk baik mcm mana. Saya n penakut.. jadinye xmolaa saya.. risau jadi lain.. maka tolak elok2..

Ustaz : Memang setan tak paksa kita. Dia bodek aje. Drp ayat 40 ke 42 Surah Saba'
Malaikat2 kata bila manusia buat tawasul mrk nampak jin2 dtg pd org2 itu. Mrk2 yg puja percaya sungguh dgn jin2..Jadi bila pergi tahlil, maulud, bersilat, wirid2 keramat, tarikat2 dan tasauf dlm seruan pd nabi2 wali2 malaikat2 sudah bawa balik rumah jin2. Kita dok ingat lain.
Makna nya setiap kali buat perantara atau tawasul dgn tujuan baik nya kita. Rupa2nya kita dok jemput jin2 dtg pd kita. Kita buat tahlil bukan panggil jin. Kita buat maulud bukan panggil jin. Kita belajar silat bukan panggil jin. Bersilat adalah bagus. Cuma jgn seru2 org2 mati je. Kita berwirid keramat bukan panggil. Niat ikhlas tapi kita buat bidaah. Nabi tak ajar.

Soalan : Dalam tahlil tu mcm ner plk blh jadi mcm tu...
Ustaz : Ada murid ust yg senior ada belajar silat dan wirid keramat. Dia bertaubat. Dia tanya macamana nak buang jin2 ni. di permulaan tahlil ada seru nabi keluarga nya serta para sahabat.... al fatihah....tengok nota2 ust sebelum ni dah ajar.

Jadi bila tawasul di buat dalam mana2 wirid maka kita jemput setan lah dok kat rumah
(Bersyukurlah pd Allah yg memberi hidayahNya )

Ustaz : Dalam group ni dah ada org minta ust ajar macamana nak buang jin2 ni drp dia/rumahnya. Ust pun ajar pd nya. Ada sesuatu berlaku. Ust dah tahu drp pengalaman bukan tahu ilmu ghaib.

Soalan : Ustaz...bila org jemput tahlil kita boleh pilih utk tak hadir...tapi kalau tahlil tu di adakan dirumah kita oleh adik beradik kita...adakah kita kena keluar rumah?
Ustaz : Salina perlu ajar pd adik beradik apa yg Salina belajar ni. Barulah mrk pun faham. Tak payah nak berdalih2. Tak payah berbohong. Kesian mrk krn tahu aje
Tapi lebih baik jgn sertai. Nanti ust beri pula huraian drp quran kalau sertai. Belum masuk bab tu lagi. Sabar lah.

Dari pengalaman Ustaz  Rosman

Murid ustaz : Ustaz, saya risau. saya dah tinggalkan ilmu2 tasauf yg sy belajar. sy jg dah tinggal ilmu2 sihir yg saya belajar. saya stop buat syirik. saya minta Allah tunjukkan jika ada lagi amalan syirik yg sy buat. tapi sy masih ada suara hati. saya takut ayah aji. dah sebulan sy berusaha. tp suara hati tu tak ilang2 juga ?

Ustaz :

1. Mengucap dulu 

2. Katakan aku buang segala amalan syirik dan jin2 sekiranya ada dengan 'bismillahirrahmanir rahim'


Murid Ustaz : alhamdulillah. dah ustaz…saya tak tahu nak explain.
tp mcm saya rasa blank skrg ni.

Ustaz :

3. Istighfar banyak2 pd Allah. 

4. Baaca al qursi.

Ada rasa seram sejuk tak masa buat tadi ?
Murid Ustaz : ada. mengelupur sikit pun ada .
Ustaz : Memang ustaz dah jumpa ramai yg amal bila buat macam tadi akan rasa macam awak rasa. Insya Allah. Amalan2 tu dah tiada.

5. Bila balik rumah, masa tutup pintu baca bismillah. Setiap kali tutup pintu.

6. Nak tidur mengucap sekali.

7. Istighfar 3x.

8. Al qursi 1x.

9. Doa: ya Allah aauzibillahi minasy syaito nirrajim.  

Insya Allah

Ust minta maaf kat murid ustaz krn beri cerita ni utk pelajaran semua. Ramai yg buat tapi malu2 nak beritahu je. Ada banyak berlaku pd murid ust bila dah belajar ni.

Soalan : Mcm mana nk baiki tu ustaz.. n nk hati senntiasa kuat utk hal2 yg mcm ni?
Ustaz : Olih itu bagi sesiapa yg dah buat tawasul ini, maka bertaubatlah. Mengucap Dua kalimah syahadah sekali.

Soalan : Dalam x sedar kite n menjemput jin2 dlm diri kita ya...Majlis tahlil x blh ke ustaz??

Ustaz : Kata lah : wahai Allah. Aku buang segala amalan syirik yg aku dah buat dan jin2 sekiranya ada; dgn bismillahirrahmanirrahim. Niat dalam hati buang tu. Buanglah semua yg dah amal apa2 wirid2 keramat, wirid2 persilatan, wirid2 tarikat, hizbi2, isim2, atau apa saja amalan nabi tak ajar dgn bismillah..

Soalan : Benar ustaz. Sy lama dh perati amalan menurun dan kne ambil "ijazah"? Sbb pengalaman sy lepas sy phm sesuatu. Sy sndiri mampu bg ijazah pd kwn sy tmpt amik ijazah guru silat (dulu2). Sy tafsirkn ini sihir semata. Jin. Kita yg tundukkan diri kita pd mereka seolaj mcm dia boleh baca hati kita. Sedangan jin juga berbisik dgn dia ttg body language kita. Mana ada makhluk boleh baca isi hati melainkan Allah azza wa jalla. Sy cuba sekali lagi temui guru sy dlm kedaan sedar dan tiada apa2 perasaan terhadap beliau anggap seperti org biasa. MasyaAllah sy nampak dia ttbe cara dia bercakap dh mampu percayakan sy dh seolah cakap dgn org biasa saja. Dia cuba nk yakinkan sy tp sy tahu ini penipuan maka terpaksa dia sndiri bwk keluar kitab. Sbb xperlukn diakn hebat. Tp akhirnua nampak yg dia n sy tiadalah beza . Yg beza hnya amal dan pahala. Kami hnya hamba Allah swt.
Ustaz : Ambil ijazah tu adalah sesat. Betul . Itulah amalan sihir. Ust sengaja tak beritahu lagi. Ada juga jenis sihir begini: baca ayat quran dgn tak tawasul tapi tuju ayat yg di baca pd org itu. Benar .
Ustaz : Bila roadtax mati lesen mati dan jumpa polis jpj. Takut kena saman. Baca ayat surah yasin lah surah lain lah tapi tuju/fokus pd polis jpj dgn niat supaya mrk tak nampak....itulah sihir.. syirik. Tapi jika baca ayat quran kemudian berdoa agar Allah lindungi diri kita drp musibah tu ta apa. Itu lah yg benar .

Soalan : Ustaz mimpi jg byk dikaitkn dgn jin n syaitan ada dlm.bdn kita ke ustaz? Pdhal sblm tido dah bewuduk bc fatihah, 3 qul tp msh mimpi yg bukn2 n menakutkn..tido yg tiada ketenangan..Mulanya kita ingat bila bc selawat beribu kali n ayat Quran itulah cara berubat yg betul nak hilngkn jin dan syaitan rupanya mrk jd mmber dlm bdn..ngerinya... Bila bc penerangan ustz ni perut sy rasa,memulas, kepala tiba2 jd berat n pening sblh, nafas jd trsangkut....
Ustaz : cepat buang amalan2 karut dulu dgn bismillah… Mengucap sekali lagi dan buang dgn bismillah segala amalan karut serta jin2 jika ada.. Istighfar banyak2 pd Allah dan minta perlindungan dr Allah dgn aauzubillahiminasy syaitonirrajim.

Soalan : Sy byk kali gtau kwn dlu ttg sihir dia byk bnda kita x phm. Dgn menggunakan ayat quran juga boleh jdi sihir nh. Dia ada "iktikad" yg menjadikan "amalan" itu sihir (syirik dan bidaah)
Ustaz : Ini berlaku pd pengamal nasrul haq, rampai sakti, silat seru dan sejenis nya.
Baca laa hauw lawala kuwwata illa billah. Fokus pd lawan kemudian hupppp. Melenting lawan.
Inilah amalan sihir. Guna kuasa Allah utk tarik /lempar org

Soalan : Tentang pengosongan diri nh.Mereka yg tarekat/silat buat dgn berkhalwat nh
Sy katakan sbnyr kita tertipu juga dgn amalan ini. Kerana jika kita cuba "kosong" kan diri... Maka siapa yg "masuk" ??Cari n kaji n cuba phm. Sy pernah rasa n sy yakin bahwa tiada yg lain melainkan jin. Kerana jika dh kosong..maka kita sbnyr tgh bingungka jiwa.kita menjadikan "tiada" maka sehingga menafikan tauhid. Disinilah jin akan masuk seolah memberi kita pengalman "inilah maarifat" Hakikatnya tidak. Benarkan ustaz explaination sy?
Ustaz : Benar

Soalan : mimpi jg byk dikaitkn dgn jin n syaitan ada dlm.bdn kita ke ustaz? Pdhal sblm tido dah bewuduk bc fatihah, 3 qul tp msh mimpi yg bukn2 n menakutkn..tido yg tiada ketenangan..
Ustaz : Bila dah buat tawasul dan tak bertaubat maka bacalah apa sj setan/jin masih tetap member. Malam2 dtg macam2.

Soalan : macamana dengan amalan nak kosongkan minda/meditasi/Yoga/bertapa?
Kerana apa yg saya faham meditasi dalam islam .. adalah sesi muhasabah dan berdiaglog dgn Allah .. atau sesi istighfar dan zikir dan dia org Islam tak boleh kosongkan fikiran. Minta ustaz rosman tlung jelaskan. saya banyak ikuti kelas dari beberapa org guru meditasi .. ada yg kata kosongkan fikiran bagi saya meditasi org islam tidak sama meditasi org kafir .

*Soalan : Ustaz, apa pegangan Ustaz terhadap tarikah Naqshabandi, Chishti, Shattari atau Qadiri.. mula dengan 5000 bacaan ism nafi.. ?

Ustaz : Bila ada org di rasuk hantu kita baca ayat kursi tapi hantu buat de' aje. Malah kata tak betul awak baca tu. Ada tak berlaku
Ustaz : Semua dok bercakap dgn org yg bertapa berwirid selama 24 tahun. Org yg pernah jumpa jin2 berdepan malah dgn raja jin. Tarikat2 pun amal. Berwirid 4 jam sehari selama 4 tahun. Jadi apa yg di tulis tentu yg amat tahu kata org kelantan. Bukan ambil ilmu tuhan. Peribahasa kelantan

Soalan : Daripada tulisan yg saya faham menggunakan potongan ayat al quran tanpa dalil untuk situasi tertentu membawa syirik...maknanya ustaz2 tv beri contohnya ayat sakit kanser..ayat mudah bersalin dan dll...membawa pd syirik.?
Ustaz : silap tu drp apa saya tulis. Bab lain sikit tu. Nanti dulu