Sunday, April 26, 2015

TAFSIR SURAH AZ-ZUMAR AYAT 6 HINGGA 16


Sambungan Tafsir Surah Az Zumar Ayat 6-
Bismillahirrahmannirrahim

 (خَلَقَكُمْ مِنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ ثُمَّ جَعَلَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَأَنْزَلَ لَكُمْ مِنَ الْأَنْعَامِ ثَمَانِيَةَ أَزْوَاجٍ ۚ يَخْلُقُكُمْ فِي بُطُونِ أُمَّهَاتِكُمْ خَلْقًا مِنْ بَعْدِ خَلْقٍ فِي ظُلُمَاتٍ ثَلَاثٍ ۚ ذَٰلِكُمُ اللَّهُ رَبُّكُمْ لَهُ الْمُلْكُ ۖ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ۖ فَأَنَّىٰ تُصْرَفُونَ)
[Surat Az-Zumar 6]
via @QuranAndroid
(Rombongan-rombongan (Az-Zumar):6 - Dia menciptakan kamu dari seorang diri kemudian Dia jadikan daripadanya isterinya dan Dia menurunkan untuk kamu delapan ekor yang berpasangan dari binatang ternak. Dia menjadikan kamu dalam perut ibumu kejadian demi kejadian dalam tiga kegelapan. Yang (berbuat) demikian itu adalah Allah, Tuhan kamu, Tuhan Yang mempunyai kerajaan. Tidak ada Tuhan selain Dia; maka bagaimana kamu dapat dipalingkan?)

Ustaz :Allah kata pd kita semua.
Dia lah Tuhan yg menciptakan kamu manusia daripada manusia asal, iaitu Adam as.

Dan Allah ciptakan daripada jenis manusia pasangan nya Hawa.
Tak ada bukti siti Hawa dicipta daripada tulang rusuk Adam as.
Allah kata Dia cipta siti Hawa daripada jenis manusia sama seperti Adam as

Dia lah juga yg menurunkan yaitu mencipta utk kamu manusia binatang ternak 8 jenis
Soalan : Dari mana timbulnya kisah hawa dijadikan dr tulang rusuk Adam AS???
Ustaz : Sumber tersebut tidak tepat

Soalan : Apakah dia 8 jenis binatang ternak yang Allah maksudkanitu?
Ustaz : Daripada Surah Al An’am;
lembu jantan satu jenis, betina 1 jenis. Unta jantan 1 jenis , betina 1 jenis. Biri-biri jantan 1 jenis, biribiri betina 1jenis. Kambing jantan 1 jenis kambing betina 1 jenis.
Jumlah 8 jenis

Ada banyak lagi penipuan tentang nabi Adam dan nabi-nabi lain.
Allah kata pada kamu semua lagi. Dialah yg mencipta kamu drp perut-perut ibu kamu. Sedangkan Dia mampu cipta kamu dengan cara lain.
Diciptakan kamu berada dalam 3 kegelapan iaitu  :
1. Perut
2. Rahim
3. Tembuni

Soalan : Boleh ke kalau nak tahu contohnya ~ apa yg Allah nak sampaikan kepada kita bila Dia menyebut pasal kejadian kita dan sebut juga pasal kejadian 8 jenis binatang?
Ustaz :
1.Tuhan yang boleh cipta Adam as
2.Tuhan mencipta siti Hawa daripada jenis manusia juga, berbeza dengan bidadari . Ia bukan dari jenis manusia.. rupanya seakan-akan manusia ... seumpama android tetapi se perti manusia tiada ibubapa dan tiada zuriat.
3. Tuhan juga yang mencipta binatang ternak buat kita. Dia yang mencipta ayam-ayam ternak. Dia juga yang mencipta kuda-kuda.
Semua nya jinak-jinak belaka. Jika binatang yang liar maka kita tak mampu nak ternak. Kerana itu kita tak boleh ternak seladang, bison, dan lain-lain kerana ia liar dan merbahaya kepada kita.

Iaitu Dialah yang menjinakkan binatang-binatang untuk kita ternak dan untuk kita jadikan makanan kita.
Tuhanlah yg boleh mencipta kita di dalam perut-perut ibu kita. Di letakkan kita di  dalam tembuni yang terletak di dalam rahim yang terletak di dalam perut.
Demikian yang kamu sudah faham ada pencipta kamu:
Itu lah Dialah Allah Tuhan kamu.

Milik nya sahaja lah segala kekuasaan mana-mana kerajaan.
Bahkan Kuasa memberi kerajaan itu pun milik Allah.
 (وَأَنِ اعْبُدُونِي ۚ هَٰذَا صِرَاطٌ مُسْتَقِيمٌ)
[Surat Ya-Seen 61] :
via @QuranAndroid

Allah berkata kepada kamu :
‘Dan hendak lah kamu sembah, ibadat, doa, munajat, zikir dan lain-lain hanya pada Aku Tuhan kamu sahaja.
Inilah jalan yg benar yg lurus’
 (وَإِنَّ اللَّهَ رَبِّي وَرَبُّكُمْ فَاعْبُدُوهُ ۚ هَٰذَا صِرَاطٌ مُسْتَقِيمٌ)
[Surat Maryam 36]
via @QuranAndroid

Allah berkata lagi kepada kamu:
‘Dan nabi Isa as juga berkata,
Sesungguhnya Allah adalah Rab ku dan Rab kamu juga
Oleh itu Sembahlah, ibadatlah, zikirlah, berdoalah hanya pd Dia sahaja.
Inilah jalan yg benar lagi lurus’
J
gn lah lagi kita berdoa menggunakan perantara.
Beribadat menggunakan perantara
Berzikir dengan berkongsi bersama Allah dan yang lain.
Iaitu amalan tarikat.. zikir

Laa ilaa haillallah muhamadurrasul lullah fii kullilam hatin adadama wasiahu ilmullah.

Ini zikir bersama Allah dan nabi Muhamad. Tiada hadis yang menyebut dan bukan juga dari ayat Al Quran.

Berzikir begini adalah syirik

Tiadalah lagi perantara perkongsian bagi Allah dalam ibadat melainkan terus pada Allah sahaja.

Allah bertanya pd pengamalpengamal karut ini serta semua yang bertawasul itu :......

Bagaimana boleh kamu terpesong begini????

Kamu dah berjanji mahu mengikut ajaran nabi.

Kamu dah berjanji tak mahu mensyirikkan Allah

Kamu dah berjanji untuk taat

Macamana kamu boleh terpesong niiiii???

Bersandinglah
Suap semangatlah
Renjis-renjis nya
Pulut kuningnya yang semua kamu ikut ajaran Hindu.
Macamana kamu boleh terpesong begini??
 (إِنْ تَكْفُرُوا فَإِنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ عَنْكُمْ ۖ وَلَا يَرْضَىٰ لِعِبَادِهِ الْكُفْرَ ۖ وَإِنْ تَشْكُرُوا يَرْضَهُ لَكُمْ ۗ وَلَا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَىٰ ۗ ثُمَّ إِلَىٰ رَبِّكُمْ مَرْجِعُكُمْ فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ ۚ إِنَّهُ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ)
[Surat Az-Zumar 7]
via @QuranAndroid

Allah berkata lagi kepada kamu. Sekiranya kamu kufur pada Allah, maka sebenarnya Allah maha kaya daripada kekufuran kamu

Iaitu Allah tak terjejas, tak terkesan pada kekufuran kamu
Kamu kufur ...Allah tak lah jadi kurus kerana kamu kufur.. tak ibadat
Kamu kufur... tidaklah Allah jadi gemok kerana pahala terkumpul.
Kamu beribadat pun, tidaklah Allah jadi gemok krn kamu buat ibadat pd Allah
Kamu beribat... tidaklah Allah jadi kurus kerana beri pahala banyak kepada kamu

Tetapi Allah tak redha kepada mana-mana hamba Nya yang kufur kepada Nya.
Iaitu Allah akan membalas terhadap kekufuran kamu itu

Dan jika kamu mensyukuri Allah dengan berbuat ibadat seperti yang nabi ajar. Tauhid seperti Allah ajar dan tidak mensyirikkan Allah.

Maka Allah redha pada kamu iaitu Allah akan membalas atas kesyukuran kamu.
Tapi ingat. Tiada lah boleh seseorang itu memikul dosa seaorang yang lain samada sedikit atau banyak

Samalah juga ibadat kamu tidak boleh di pikul oleh orang lain. Bermakna tidak dengan tahlil ataupun bacaan Al Quran

Soalan : So statement suami tanggung dosa isteri. Atau ayah tanggung dosa anak tu tak tepat kah?
Ustaz : Kalau seseorang itu sudah menasihat isteri nya atau anak nya atau sesiapa sahaja maka orang itu tidak bertanggungjawab lagi akan dosa isteri nya dan anak nya (anak dah akil baligh) . Akan tetapi dia perlu sentiasa tabligh pada isteri dan orang-orang di bawah nya
Samada kamu taat atau engkar akan perintah ini... dosa yang orang lain orang itu yang tanggung, ibadat yang orang lain buat ibadat itu orang itu yang tanggong
Sama ada kamu nak taat atau nak engkar maka kelak kepada Tuhan kamu saja lah tempat kembali kamu semua.

Maka Kami akan cerita kan psemula kepada kamu ketika perbicaraan di Mahsyar tentang apa yang kamu telah lakukan
.... apa yg kamu telah lakukan.

Tidak terdapat ayat quran yang mengatakan bahawa pahala yang di kirimkan kepada kita akan di ambil kira.

Tiada record yang menyebut Tahlil, Yasin, Fatihah yang orang hantar ada di sebut dalam Al Quran sewaktu perbicaan di buat

Sesungguhnya Allah tahu apa yang ada dalam hati samada ikhlas atau tidak kamu pada Allah

Ayat seterusnya ini agak berat sedikit kerana ia akan menyentuh ramai orang.

Soalan : Kenapa pelajaran tafsir ini tidak dimulakan dari Surah pertama?
Ustaz : Dalam ayat-ayat yang Ayah Aji cerita itu memang akan menyentuh juga asas-asas 

usul tahfsir supaya saudara-saudara dapat memahami.
Ini system tafsir yang diajar oleh guru guru Ayah Aji. Ayah Aji ada modify sedikit.
Ustaz ajar tafsir surah Al Fatihah. Ayat nya ‘wa iyya kanasta in’ yang bermaksud
‘Pada Mu saja Allah yang kami sembah.
Tafsir bagi ayat bahagian ini ialah surah Az Zumar.
Tafsir Az-Zumar ialah surah Hud.
Jadi pelajaran kita ialah surahAz-Zumar ..tauhid dlm ibadat.

Jika ustaz baca tafsir Surah Hud... ditakuti tidak jelas maksud yang Allah huraikan berkaitan kekeliruan tauhid ini dalam surah Hud tersebut. Terdapat di dalamnya contoh-contoh umat-umat yang engkar pada tauhid ini.

Dalam surah Az-Zumar Allah keluarkan dalil-dalil yang masuk di akal kita.
Adapun dalam Surah Hud.. dalil-dalilnya adalah cerita nabi-nabi.
Allah maha bijaksana mengajar kita tentang tauhid ini.. Keingkaran terhadap tauhid ini ialah Kesyirikan iaitu Tawasul

Surah Az-Zumar menafikan kebenaran dan keharusan tawasul.
Manusia pula di tipu oleh Syaitan. Yang tidak boleh itu jadi boleh. Yang haram jadi halal. Yang halal jadi haram

Contoh:  Yahudi dan Kristian tidak boleh bertawasul tapi mereka buat juga.
Tidak boleh makan babi.. tapi mereka makan.
Tidak boleh minum arak... tapi mereka minum

Soalan : Adakah point penting dalam tafsir ini ‘Tauhid Dalam Ibadah’?
Ustaz : Ya
Diharapkan semua faham belaka. Bukanlah ustaz maksudkan tafsir yang lain itu salah. Bahkan ustaz rasa tauhid mengEsakan Allah adalah yang paling penting.
                            
Apabila kita tidak faham tentang tauhid maka kesyirikan akan berlaku. Saya pasti anda pelajar semuapun melakukan syirik, betul?????
Jawab : Benar ustaz.

Apabila syirik-syirik dan bidaah ini kita rasakan elok cantik dan rasakan dapat kumpul pahala banyak pula Kerana itu kadang-kadang  Allah akan beri azab sementara didunia yang kita panggil sebagai bala

Apabila kita terkena bala lalu kita buat solat hajat untuk tolak bala itu bukan? Angkat tangan kemudian pusing tangan kerana tidak mahu bala itu. Betul tak???
Buat kenduri. Panggil orang-orang jahil jadi imam bukan?? Bayar upah pula selepas itu. Betul???

_________________________________________________________________________________ 

Az-Zumar ayat :8

Allah berkata lagi :
 (وَإِذَا مَسَّ الْإِنْسَانَ ضُرٌّ دَعَا رَبَّهُ مُنِيبًا إِلَيْهِ ثُمَّ إِذَا خَوَّلَهُ نِعْمَةً مِنْهُ نَسِيَ مَا كَانَ يَدْعُو إِلَيْهِ مِنْ قَبْلُ وَجَعَلَ لِلَّهِ أَنْدَادًا لِيُضِلَّ عَنْ سَبِيلِهِ ۚ قُلْ تَمَتَّعْ بِكُفْرِكَ قَلِيلًا ۖ إِنَّكَ مِنْ أَصْحَابِ النَّارِ)
[Surat Az-Zumar 8]
via @QuranAndroid

Bagi orang-orang yang sentiasa dok buat syirik dan bidaah, maka sesiapa yang Allah nak pilih untuk beri azab di dunia.
Berniaga jatuh pokai semua sekali. Pemiutang sudah hantar surat-surat dan mereka pun dah di tarik balik kereta-kereta, rumah-rumah dan berbagai musibah lain

Dan apabila Kami timpakan ke atas insan yang kufur itu bala musibah.
Terus dia berdoa pada Kami sahaja.

“Yaa Allah. Yaa Allah. Susahnya aku ni. Tolong lah aku. Tolong lah....”

Doa nya condong seperti doa orang-orang alim. Orang-orang yang sentiasa dekat pada Allah  doa mereka itu.

Kemudian apabila Kami beri kepada nya satu nikmat daripada nikmat-nikmatnya Nya.Lalu jadilah dia itu suka dan senang hati.

Malah terus dia lupa bahawa dahulu kepada Kami sahaja dia berdoa.
Malah pula dia jadikan bagi Allah sekutu-sekutu yakni ‘andada' .
Contoh nya:  Dia kata dia jumpa seorang ustaz atau tok guru. Guru itu mandi kan dgn air 7 bunga.
Yg lain pula kata ; ‘ sejak saya beli keris keramat ni....’
Yg lain berkata ; ‘ sejak saya beli cincin ni.....’
‘Tok guru ini, kayu ini, azimat ini, geliga ini, sejak kahwin dengan perempuan ini, sejak buat rumah menghadap ke arah ini, sejak beli kereta ini, no kereta ni...’
Ini semua jenis ‘andadan’. Ayah aji baca ayat ini di masjid selayang pada seorang yang baca tafsir.

Tiba-tiba datang seorang lain duduk dengar tafsir Az-Zumar ini dari awal.

Tiba-tiba bila sampai ayat ini, orang kedua menanggis teresak-esak. Selepas dia berhenti. Ayah Aji tanya kenapa anak muda?

Dia kata : betul belaka apa Ayah Aji kata. Saya telah di larikan wang RM300,000 oleh rakan kongsi. Saya jatuh pokai....”

Saya jumpa seorang guru di KL ini. Dia mandikan saya dengan 7 bunga warna. Dia kata orang itu akan bawa balik duit itu. Saya bayar RM500. Bodohnya...!”

Ustaz : Akibat andaada' itu, terus dia Allah sesatkan daripada jalan Allah.

Lupa solat. Lupa taat

Allah kata pada kamu:

Bersenang-senanglah kamu dalam kekufuran kamu sementara waktu kamu hidup ni.
Kamu leka buat tawasul. Buat bidaah. Kamu tak mahu tahu pun apa maksud ayat-ayat Allah. Hadis-hadith nabi. Kamu sombong pada Allah Tuhan kamu

Kamu minta hari-hari, supaya kamu sihat, anak-anak comel cerdik, kerja besar, umur panjang. Kamu sendiri sombong pada wahyu Allah.

Pada Allah semua kamu minta apa saja keperluan kamu. Kamu lupa mentauhid dan mengagungkan Allah. Allah hanya tempat berdoa bila kamu ada masaalah saja. Kamu sebenar tidak menyembah Allah dengan sebenar-benar penghargaan.

______________________________________________________________________ 

Surah Az-Zumar :ayat :9

(أَمَّنْ هُوَ قَانِتٌ آنَاءَ اللَّيْلِ سَاجِدًا وَقَائِمًا يَحْذَرُ الْآخِرَةَ وَيَرْجُو رَحْمَةَ رَبِّهِ ۗ قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ ۗ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُولُو الْأَلْبَابِ)
[Surat Az-Zumar 9]
via @QuranAndroid

Ustaz : Allah sambung menceritakan org beriman pula.
Selalunya lah Allah Tuhan kita apabila Dia beri ayat ancaman, Dia akan beri pula penyelesaian

Ayat-ayat sebelum itu berkaitan hal-hal bala ini bagaimana hendak melepaskan diri darinya?.
Adakah dengan bersolat tolak bala? Itu tidak dibolehkan. Mandi-mandi air bunga tidak boleh. Keris cincin azimat geliga pun tidak boleh. Jadi apa yg boleh kita buat? Tak ada lah jalan keluar
Mahukah kamu tahu?
Siapakah nabi yang buat silap danmendapat musibah?

Siapakah nabi yang buat silap dan di telan ikan?
Mrk ialah nabi Adam as dan nabi Yunus as
Allah ajarkan doa apa kepada mereka supaya dilepaskan daripada musibah-musibah mereka?

Nabi Adam As Allah ajarkan doa : “ rabbana zolamna...” al a'raf :23

Nabi yunus Allah ajarkan zikir : “ laa ila hailla anta subhanaka ini kuntu minazzolimin”

Allah dah ajarkan pada kita apabila terkena bala musibah cara hadapinya ialah dengan doa. Bukan mandi-mandi bunga. Bomoh-bomoh. Pakai barang-barang khurafat keris batu cincin dan lain-lain.  semua itu condong kepada syirik terhadap Allah dengan setiap sesuatu.

 (وَمَا أَصَابَكُمْ مِنْ مُصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ وَيَعْفُو عَنْ كَثِيرٍ)
[Surat Ash-Shura 30]
via @QuranAndroid
(Musyawarah (Ash-Shūraá):30 - Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).)

Ustaz: Dan apa saja musibah yang menimpa kamu daripada musibah yang banyak itu semua adalah hasil daripada akibat perbuatan tangan kamu sendiri iaitu dosa yang kamu perbuat.

Sedangkan Allah telah ampun kebanyakan daripada dosa-dosa yang kamu buat.
Iaitu dosa kecil di ampunkan kerana kamu bersolat, berbuat kebaikan dan lain-lain.
Ertinya, dosa yang Allah tidak ampun lagi ialah dosa syirik dan bidaah. Dosa-dosa besar ini kita perlu berdoa dengan doa yang khas.

Bila dosa-dosa ini tidak di minta ampun maka Allah murka kerana perkara lain bukan banyak nya kita minta pada Allah. Tetapi dosa yg boleh menyebabkan kita masuk neraka kekal bersama-sama orang kafir yang sembah berhala kita cuaikan dan abaikan.
Allahuakbar

Doa nabi Adam setelah di halau drp syurga:

“Wahai Rabku. My Lord Creator.
Sesungguhnya aku telah menzalimi diri ku sendiri hingga melayakan aku menghuni Neraka Mu
Sekiranya Kamu tidak mengampuni dosa-dosa ku dan kasihan-belas terhadap ku dan mengampukan dosa-dosa ku.
Nescaya aku akan jadi orang-orang yang rugi.... semua ibadat terbatal dan layaklah aku ke neraka Mu”

Doa nabi Yunus:

“Tidak adalah perantaraan dalam berdoa pada Mu melainkan terus pada Mu saja Ya Allah.
Maha Suci Mu Tuhan ku daripada syirik-syirik yang telah aku perbuat, benar sungguhlah aku dahulu (dalam kesyirikan dan ke kufuran ini ) menzalimi diri sendiri
hingga melayakkan aku menghuni neraku Mu”

Orang-orang yang ditimpa bala: hendaklah dia membaca lah doa ini sebagai zikir sebanyak 50 hingga 70 kali setiap selepas solat.

Kemudian dia berdoalah seperti contoh doa yang Ayah Aji ajar.

Bacalah salah satu doa ini sebagai doa.

Buatlah zikir ini sebagai taubat dosa yg di buat. Sehingga bala itu di angkat oleh Allah.

Wallahua’lam

Soalan: Punca masalah yang terbesar adalah dosa kita sendiri, betul kah ustaz? Constantly taubat, Istighfar sentiasa.
Ustaz : Masaalah besar bukan tak istighfar hari-hari. Memang selalu kita buat. Ustaz Masàalah ialah JAHIL.  Buat syirik, bidaah maka tak minta ampun dosa syirik bidaah ni. Benarlah .benarlah Al Quran ini akan di ajar Allah kepada kita jika kita tak sombong nak belajar wahyu Allah

Soalan : Ana tak mengaji ayah Aji..jadi neraca yg ada tak boleh timbang mana boleh dan mana tak boleh?
Ustaz :
(أَمَّنْ هُوَ قَانِتٌ آنَاءَ اللَّيْلِ سَاجِدًا وَقَائِمًا يَحْذَرُ الْآخِرَةَ وَيَرْجُو رَحْمَةَ رَبِّهِ ۗ قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ ۗ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُولُو الْأَلْبَابِ)
[Surat Az-Zumar 9]
via @QuranAndroid

 (Rombongan-rombongan (Az-Zumar):9 - (Apakah kamu hai orang musyrik yang lebih beruntung) ataukah orang yang beribadat di waktu-waktu malam dengan sujud dan berdiri, sedang ia takut kepada (azab) akhirat dan mengharapkan rahmat Tuhannya? Katakanlah: "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran.)

Oleh itu Allah kata lagi pada kamu:

Jika nak dapat kesempurnaan mendekat diri pada Allah bukan dengan menggunakan tawasul tetapi dengan bangun malam solat dan berzikir pada Allah
Allah kata: Apakah sama satu orang yang di sepanjang malam bangun. Kadang-kadang sujud. Kadang rukuk ( solat tahajud). Serta kadang-kadang berdiri. (solat).
Hati nya Allah kata; sangat takut pada akhirat yang dia bakal tempuhi. Bukan dia tak belajar. Bukan tak buat seperti nabi ajar.

Tapi tak tahu Allah terima atau tidak amalan yang dia telah buat.
Sangat-sangat lah dia berharap akan rahmat Tuhannya akan keampunan dosa yang selalu dia minta dan dapat rahmat untuk membolehkan dia masuk syurga
Berbanding dengan orang lain yang dok buat tawasul supaya nabi waali dan malaikat akan hampir dia pada Allah. .. orang ini hanya berangan-angan hakikatnya mereka adalah kafir.

Tanyalah orang yang berbuat tawasul itu. Adakah sama seorang yang tahu tafsir Al Quran dan Hadis dengan seorang lain yang tak tahu tafsir Al Quran dan hadis.
Benarlah sunguh, peringatan daripada Al Quran ini tidak akan menerimanya melainkan orang-orang yang berakal waras.
Orang-orang yang akalnya senget adalah mereka yang tidak mahu belajar Al Quran dan hadis.
Soalan : ustaz. Isu ya madad, ustaz rungkaikan dengan molek sekali. Jzkk.

Ustaz : Benarlah Al Qquran

________________________________________________________________________ 

SURAH AZ-ZUMAR: 10

 (قُلْ يَا عِبَادِ الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا رَبَّكُمْ ۚ لِلَّذِينَ أَحْسَنُوا فِي هَٰذِهِ الدُّنْيَا حَسَنَةٌ ۗ وَأَرْضُ اللَّهِ وَاسِعَةٌ ۗ إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُمْ بِغَيْرِ حِسَابٍ)
[Surat Az-Zumar 10]
via @QuranAndroid

Allah terus beritahu kamu semua.

Jika kamu hendak taat pada Allah. Nak ikut ajaran nabi. Maka dengarlah

Allah berfirman. Wahai hamba-hamba Ku yang telah beriman.

Orang-orang yang terima akidah tauhid. Tiada perantara pada Allah lagi

Takutlah kamu semua pada Tuhan kamu saja .... dengan mengikut hukumhukum yang Allah dan Rasul ajar

Khas bagi orang-orang yang berbuat baik dengan mengikut ajaran Allah dàn Rasul pada masa mereka hidup di dunia ini.

Mereka akan dapat hasanah.. yaitu sakinah ... ketenangan hidup.

Ada orang kaya tapi tak senang. Ada orang miskin juga tak senang.

Tetapi orang-orang yang ada sakinah sentiasa tenang hidup mereka. Mereka kaya dan senang. Mereka miskin dan tenang.

Jika kamu tak dapat buat amal yang baik seperti yang diajar oleh Allah dan Rasul maka berhijrah lah.

Kerana bumi Allah itu sangat luas.

Hijrah telah mengubah hidup ramai manusia. Mereka tahu bila dah berhijrah mereka perlu bekerja dengan lebih keras lagi...mudah berjaya

Sesungguhnya Allah akan memberi pada orang-orang yang bersabar dalam tempoh diuji - -- pahala tampa boleh di hisab.

Buat amal sedikit di balas banyak.

Untuk mendapat kesempurnaan penyerahan diri pada Allah... iaitu orang mukmin

 (قُلْ إِنِّي أُمِرْتُ أَنْ أَعْبُدَ اللَّهَ مُخْلِصًا لَهُ الدِّينَ)
[Surat Az-Zumar 11]

via @QuranAndroid

Allah perintah pada kamu supaya jadi begini

Katakanlah pada semua manusia iaitu pengisytiharan pada semua

Sesungguhnya aku di perintah supaya sembah/puja/ibadat/ doa hanya pd Allah saja.

Ini ialah pengulangan ikrar. Hendak mantapkan hati pelajar wahyu

Tulus ikhlas sepertimana Allah dan Rasul ajar; hanya utk Allah saja sembahan kamu.... 'Deen' bererti sembahan/ibadat dll


(وَأُمِرْتُ لِأَنْ أَكُونَ أَوَّلَ الْمُسْلِمِينَ)
[Surat Az-Zumar 12]

via @QuranAndroid

Dan aku juga di perintah supaya aku jadi orang yang mula sekali mentauhidkan Allah... daripada keluarga ku, kampung ku, taman ku , negeri ku, negara ku... walau pun orang lain sibuk mengikut campuran ibadat yang nabi ajar dengan yang tok guru ajar.


(وَالسَّابِقُونَ السَّابِقُونَ)
[Surat Al-Waqia 10]

via @QuranAndroid

Tafsiran dengan Al Quran

Dan orang-orang yang mendahului daripada orang-orang terdahulu.... dulu sahabat-sahabat nabi di Mekah yang paling awal. Di sokong di bantu oleh kaum Ansar bila hijrah ke Madinah.

Mereka-mereka ini lah orang-orang yang dahulu sekali beriman sedangkan kaum keluarga dan orang setempat membenci menghina mereka.

Sesiapa yg mula-mula beriman dalam ajakan tauhid ini pasti di boikot oleh ahli-ahli bidaah... saperti semua saudara-saudara sekarang.


(أُولَٰئِكَ الْمُقَرَّبُونَ)
[Surat Al-Waqia 11]

via @QuranAndroid


Orang-orang yang bersifat begini adalah orang-orang yang di dekatkan pada Tuhan mereka... Al-Muqarrabin

(فِي جَنَّاتِ النَّعِيمِ)
[Surat Al-Waqia 12]

via @QuranAndroid

Bila mati, akan di masuk ke syurga sama ada terus ke syurga atau pasti selepas Mahsyar

Siapakah mrk2 ini?

(ثُلَّةٌ مِنَ الْأَوَّلِينَ)
[Surat Al-Waqia 13]

via @QuranAndroid


Segulungan besar orang-orang dulu. Iaitu sahabat nabi dan sahabat semua nabi-nabi

(وَقَلِيلٌ مِنَ الْآخِرِينَ)
[Surat Al-Waqia 14]

via @QuranAndroid

Dan segulungan kecil orang-orang kemudian

Soalan : Agaknya mungkinkah kita termasuk dlm golongan yg sedikit tu ustaz?😢
Ustaz : 
Wahai Allah Tuhan ku, jadilah kami ini yang tidak pernah mendengar ayat-ayat Mu di baca daripada lidah nabi kami, 

Hadis-hadis yang kami tak dengar di baca pada kami oleh nabi kami kerana Nabi kami sudah lama mati.

Kami ini orang-orang yang amat sedikit yang percaya bulat-bulat tanpa membantah apa-apa ajaran Mu dan ajaran Nabi kami.

Jadikanlah kami Ya Allah termasuk dalam golongan ini. Golongan yang Kamu dekatkan pada Zat Mu Tuhan ku

_________________________________________________________________________ 
AZ-ZUMAR : AYAT 13 


(قُلْ إِنِّي أَخَافُ إِنْ عَصَيْتُ رَبِّي عَذَابَ يَوْمٍ عَظِيمٍ)
[Surat Az-Zumar 13]

via @QuranAndroid

Allah perintah untuk kamu supaya kata pada mana-mana org yang engkar tauhid ini

Beritahu mereka musyrikin, ahli-ahli kitab Malaysia :

Sesungguhnya aku sangat takut.... kalau aku ikut juga syirik dan bidaah yang kamu sedang buat.... aku akan durhaka pada Tuhan ku......

 kerana aku berjanji dengan kalimah syahadah ku;

Aku akan dapat azab pada hari hisab amal depan Tuhan ku

Jika kamu tak boleh tabligh lagi kerana keingkaran mereka dalam menerima ajakan tauhid ini maka Allah perintahkan  pada kamu semua supaya berkata begini:

______________________________________________________________________ 

AZ ZUMAR : 14

(قُلِ اللَّهَ أَعْبُدُ مُخْلِصًا لَهُ دِينِي)
[Surat Az-Zumar 14]

via @QuranAndroid

Katakan pada mereka: Allah saja lah yang aku sembah/puja/ibadat/doa
Tulus ikhlas pada Dia saja dalam ugama ku
Bukan ikhlas cara paderi kristian dengan tak kahwin. Bukan ikhlas cara hindu budha dan lain-lain ugama
Tapi ikhlas seperti nabi kami ajar. Tauhid yang Allah Tuhan kami ajar.
Kalau kamu musyrikin/ahli kitab malaysia masih ingkar.
Allah taala berkata pd kamu semua
Katakanlah pd Allah... sindir pd org engkar
Hati sendiri pun memang mengEsakan Allah
Allah sj lah aku sembah.
Tulus ikhlas kpd Allah jua ugama ku / ketaatan ku

Ini pengisytiran kita pd sesiapa yg engkar tauhid
Ikhlas itu mesti saperti nabi kita ajar... tak serupa ..maka tak betul..
Ikhlas saperti kristian hindu budha atau..syiah, habib, gulungan yg guna ajaran guru mrk yg tak ada dlm Q n H

Ikhlas mrk2 ini tak betul... ikhlas pd Allah tapi tak ikut ajaran A n R
Ikhlas buat solat sunat sebelum dan selepas solat fardhu... tapi buat dgn berjemaah dgn imam ..dalam masjid..
Di terima tak solat begini? Tidak terima

Jadi ikhlas mesti saperti ajaran nabi. Nabi dpt drp wahyu
Habis situ

Soalan

Kamal Iqlaas: Ustaz, ada yang bertanya,
"jika NM dan sahabat tak buat, adakah sesuatu perbuatan itu haram?" contoh perbuatan yang saya dapat fikir, selawat di tengah padang beramai ramai.
Dan perbuatan itu, kita husnu zhon, ikhlas.

Ustaz Ayah Aji Rosman :Wàa asyhadu anna muhamadur rasulullah
Kita dah janji kan pada Allah kita nak ikut ajaran nabi muhamad saw

(وَلَقَدْ عَهِدْنَا إِلَىٰ آدَمَ مِنْ قَبْلُ فَنَسِيَ وَلَمْ نَجِدْ لَهُ عَزْمًا)
[Surat Ta-Ha 115]


via @QuranAndroid

Ini cth drp cerita nabi Adam as yg Allah sendiri cerita
Dan sesungguhnya Aku telah ambil perjanjian dgn Adam.. macam kita juga Allah ambil perjanjian.. kalimah syahadah
Sebelum itu.. tapi Adam lupa.
Dan Aku tak dpti Adam itu ada kesungguhan yg kuat nak taat

شوال, [05.05.15 10:38] : Salam Ustaz Ayah Aji. Soalan saya, solat sunat yg boleh dilakukan berjemaah selain solat sunat taraweh, solat apa lagi ye?

Ustaz Ayah Aji Rosman, : Ayah aji nak tanya... Nabi Adam makan pokok khuldi itu krn nak durhaka pd Allah atau nak duduk dalam syurga??
Minta jawab..

Ummu Yaser, : nak duk dlm syurga

امين, [05.05.15 10:43] : Dok dlm syurga

شوال, [05.05.15 10:43]: nak duduk dalam syurga

Ustaz Ayah Aji Rosman : Dia bukan nak durhaka kan??

Abd Jamil Yahaya, [05.05.15 10:44]
tak

Ummu Yaser, : tidak.....


Ustaz Ayah Aji Rosman, : Setan lah yg kata ke Adam as. Bersumpah pulak tu.. dia penasihat yg jujur... surah lain..
Jadi serupa lah dok selawat ramai2 di pdg adalah sangka baik macam nabi Adam as juga
Allah dok cerita macam2 dlm Q tapi tak faham maksud krn tak belajar

Guru2 setengah2 pun satu hal... cerita sebelah saja tapi hal2 di sebalik cerita yg berulang2 di utarakan Allah tak di ajar

Malah mrk sendiri jadi syaikh dlm amalan2 sangkaan / reka/ bidaah ni

Dan tak bolih buat solat sunat berjemaah kapit waktu..
Jadi amalan2 kita dok buat selama ini hasil drp sangkaan guru2 kita sendiri ... kita dah campur aduk ajaran nabi dgn ajaran2 guru

(أَمْ لَهُمْ شُرَكَاءُ شَرَعُوا لَهُمْ مِنَ الدِّينِ مَا لَمْ يَأْذَنْ بِهِ اللَّهُ ۚ وَلَوْلَا كَلِمَةُ الْفَصْلِ لَقُضِيَ بَيْنَهُمْ ۗ وَإِنَّ الظَّالِمِينَ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ)
[Surat Ash-Shura 21]

via @QuranAndroid

Ini lah Allah kata pd kita jika kita buat... amalan2 rekaan
Atau apakah ada bagi mrk guru2 yg bersukutu dgn fahaman2 karut mrk
Yg buat syariat pd ugama Allah
Yg Allah tak pernah beri izin
Allah wahyu kah pd nabi amalan2 itu? Atau kamu sj dok ambil drp rekaan guru2 karut?

Allah biarkan sj kamu buat itu krn:::

Ustaz Ayah Aji Rosman, [05.05.15 11:00]
Dan kalau lah tidak krn keputusan Allah... azab neraka akan di beri selepas ujian...mati

Ustaz Ayah Aji Rosman, [05.05.15 11:00]
Tentu Allah akan buat keputusan masukkan kamu ke neraka sekarang!!!!!

Ustaz Ayah Aji Rosman, [05.05.15 11:01]

Ingat Allah tak bolih buat ke???

Dan sesungguhnya org2 yg zalim

Zalim di sini ialah org yg reka ugama
Zalim di sini ialah org yg ikut org reka ugama dgn tinggal janji sumpah ikrar mrk pd Allah

Bagi mrk di akhirat... azab yg teruk sungguh nak di beri

Allah Akhbar!! Bertaubat lah anak2 semua

Habis situ



Soalan

Azril Ismail Kenapa Allah swt benarkan manusia pilih syirik, sedangkan Allah swt tak redho ?
"benarkan" dari segi ALLAH tak halang didunia ni

Ustaz Ayah Aji Rosman Aznil ayat dan huraian dah ada di atas

Ust Ghafar Telegram Kebaikan dan keburukan berjalan seiring keduanya terjadi atas izin Allah, bagaimana tu ayah aji?

Ustaz Ayah Aji Rosman Jawab nya krn Dia Allah Al Haliim ; Allah Tuhan kita

Mahal2 soalan hari ini. Golden questions

Dah faham ayat ... tapi dok terpesir lagi

Ust Ghafar Telegram : Maknanya semua akan diampuni jua oleh Allah kecuali mati dlm syirik...kan ayah aji?Problem hari ini kerja majlis fatwa seolah ganti kerja Tuhan, mcmana sebagai org kecil perlu taat mrk atau Tuhan?Ttp risikonya tinggi iaitu musnah dunia

Ummu Yaser, Ustaz, kalau ada orang yang mengeluh setelah gagal berkali2 dalam berusaha utk dpt nikmat dunia lalu dia kata, susah senang Allah yang taqdirkan. Boleh terima kah?

Haliim.. sifat Allah rengkas nya aje...
Allah bolih tahan kemarahan nya org2 dok sembah berhala, dok buat tawasul, dok ubah suai ugama Nya.

Dia bolih buat tak tahu aje segala kekufuran manusia

Dia beri azab sementara di alam barzakh... ringan aje

Dia buat kiamat.. Dia tunggu lagi

Dia bangkitkan kita di mahsyar.. Dia tunggu lagi

Dia buat pembicaraan.. Dia kasi can org itu di adili se adil2 nya

Kemudian baru Dia AZAB

Itu lah Dia Allah yg bersifat Haliim

Sebab nya Allah nak kasi can kita bertaubat. Belajar dan ikut yg benar

Ok dah jawab semua soalan2 di atas


Ayah aji hanya lah sorg yg sgt kesian pd org krn ayah aji dulu pun sheikh segala benda2 karut ni

Kita sambung

Allah berkata pd kamu semua. Beritahulah pd semua yg engkar.


________________________________________________________________________________


SURAH AZ-ZUMAR : 15

(فَاعْبُدُوا مَا شِئْتُمْ مِنْ دُونِهِ ۗ قُلْ إِنَّ الْخَاسِرِينَ الَّذِينَ خَسِرُوا أَنْفُسَهُمْ وَأَهْلِيهِمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۗ أَلَا ذَٰلِكَ هُوَ الْخُسْرَانُ الْمُبِينُ)
[Surat Az-Zumar 15]

via @QuranAndroid

Maka sembah lah pujaan-pujaan kamu sama ada nabi-nabi wali-wali malaikat-malaikat atau jin-jin atau panglima hitam atau panglima yusoff dan sebagainya pujaan kamu


Apa saja roh-roh orang mati atau siapa saja yang kamu nak buat perantara bagi Allah supaya kamu rasa kamu boleh dekatkan diri pada Allah sedekatnya... buat lah

Kami sekali-kali tidak akan buat

Tetapi ingat: kamu ketahuilah

Jika kamu berakidah sedemikian 

Itulah kerugian yang amat besar sekali pada kamu.

Bila syirik pada Allah maka semua amal soleh akan hancur

Kamu akan dapat kerugian yang sangat nyata bagi kamu di akhirat kelak

Keadaan kerugian mereka ini sengaja Allah beritahu pada kamu supaya kamu akan sentiasa dalam berharap pada Tuhan kamu

Beritahu mereka:
Sesungguhnya orang-orang yang rugi begini kerana syirik ini ialah orang-orang yang merugikan diri sendiri dan keluarganya di hari akhirat.



TAFSIR 2 :

(فَاعْبُدُوا مَا شِئْتُمْ مِنْ دُونِهِ ۗ قُلْ إِنَّ الْخَاسِرِينَ الَّذِينَ خَسِرُوا أَنْفُسَهُمْ وَأَهْلِيهِمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۗ أَلَا ذَٰلِكَ هُوَ الْخُسْرَانُ الْمُبِينُ)
[Surat Az-Zumar 15]

via @QuranAndroid

Sembah lah pujalah serulah hro

Roh2 org dah mati itu siapa2 yg kamu nak seru/puja/sembah ... selain drp Allah.... yg iktikad dalam hati kamu ; utk hampirkan diri kamu pd Allah sedekat2 itu... zumar 3

Tapi kamu daie2 Allah juga mesti beri nasihat lagi pd mrk

Ingat!!!

Sesungguhnya org2 yg paling rugi ialah org2 yg sengaja merugikan diri sendiri ... dgn syirik dan bidaah ibadat
Dan juga.... ajar .. ahli keluarga mrk... dgn syirik bidaah ibadat ini... akan di azab di hari akhirat

Public announcement....

Ketahui laahhh!!!!!

Yg demikian kerugian... tiada satu pun ibadat akan di pertimbang

Adalah kerugian yg nyata sungguh... bila kamu bertemu hisab amal esok

________________________________________________________________________ 

SURAH AZ-ZUMAR : AYAT 16

(لَهُمْ مِنْ فَوْقِهِمْ ظُلَلٌ مِنَ النَّارِ وَمِنْ تَحْتِهِمْ ظُلَلٌ ۚ ذَٰلِكَ يُخَوِّفُ اللَّهُ بِهِ عِبَادَهُ ۚ يَا عِبَادِ فَاتَّقُونِ)
[Surat Az-Zumar 16]

via @QuranAndroid
(Rombongan-rombongan (Az-Zumar):16 - Bagi mereka lapisan-lapisan dari api di atas mereka dan di bawah merekapun lapisan-lapisan (dari api). Demikianlah Allah mempertakuti hamba-hamba-Nya dengan azab itu. Maka bertakwalah kepada-Ku hai hamba-hamba-Ku.


Bagaimanakah keadaan kerugian mereka ini?

Di akhirat kelak bagi mereka lapisan-lapisan daripada api  dari atas kepala mereka. Api datang berlapis-lapis.

Dan juga daripada bawah kaki mereka lapisan-lapisan daripada api.

Bila di sebut atas kepala dan di bawah kaki bermakna semua arah. Atas bawah depan belakang kiri kanan. Makna nya di panggang

Demikian lah Allah menakut-nakutkan kamu hamba-hamba Nya dengan azab api Neraka itu supaya kamu bertakwa pada Allah dengan takut pada Nya dan menjaga tauhid Nya.

Sebelum Ayah Aji sambung, tahu kah semua suhu neraka ini agak-agak nya berapa?

Daripada hadis nabi., panas ciptaan alam ialah 1 per 70 panas neraka.

Kata NASA, panas matahari agak-agak nya 5 juta celcius.

Jika matahari itu zat yang paling panas di alam ini..Supernova lagi panas.

Maka panas Neraka ialah 5 x 70 iaitu 350 juta celcius.

Kita rebus air agak-agak aje 1000 celcius untuk didih air 100 celcius

Ratio air 1: api 10

Api neraka 350 juta C 
Air minuman ahli neraka 35 juta C

Air di neraka tu bukan mendidih suhu 100C tapi 350,000,000C!!!

Darab 1 per 10 = 35,000,000 C air

Kalau suhu air ini 35 juta C dan matahari 5 juta C. Agak-agak tak meletop matahari jika 1 baldi air neraka di simbah ke matahari.

Matahari itu akan meletup jadi debu.

Bayangkan ahli neraka minum air ini

Daripada Al-Quran ia di panggil air yang menghodohkan muka

Drp hadis dan Al-Quran. Bila air ini di dekatkan ke muka ahli neraka, gugur hidung pipi mata daging muka.

Sedangkan kulit muka dah di upgrade ke 42 hasta tebal. Gigi sebatang sebesar bukit uhud. Maknanya body di perbesarkan

Dgn suhu itu kalau body ini entah

Tahu ke pelajar2 ayah aji tentang neraka ni saperti dah beritahu ni???
Jawab sorg2!

Masya Allah. Ya Allah macamana ni. Mrk ajar apa pd awak semua selama ini?

Apa makna beriman pd hari akhirat?

 Itu tak detail tu. Itu air neraka aje. Bukan api neraka lagi. Bukan cara minum lagi.

Baru siram atas kepala .

Tak mati-mati mereka dalam neraka

Kemudian selepas dibaiki balik kepala orang itu, baru di tuang air ke dalam mulut.

Hancur seluruh mulut perut dan tak sempat keluar perut dan cairan malah daging juga hancur.... jadi macam belon maka pecah belon itu di kaki

Ya Allah. Selamatkanlah kami drp neraka. Dengar neraka pun tak mahu. Bau neraka pun tak mahu
Maaf lah ayah aji. Ini makna tak beriman dgn hari akhirat.

apatah lagi bagi yang tidak pernah belajar tafsir. Adakah mereka beriman dengan sebenar-benar iman dengan hari akhirat???

(إِذِ الْأَغْلَالُ فِي أَعْنَاقِهِمْ وَالسَّلَاسِلُ يُسْحَبُونَ)
[Surat Ghafir 71]

Apabila tangan-tangan mereka di ikat pada leher-leher mereka dan (juga kaki...ayat lain) di belit dengan rantai besi panas... sampai tak bergerak; mereka pun di seret malaikat.... ayat lain dipegang kaki dan muka mereka di seret atas tanah api neraka.

(فِي الْحَمِيمِ ثُمَّ فِي النَّارِ يُسْجَرُونَ)
[Surat Ghafir 72]

Kemudian pada air panas itu mereka di celur.... macam celur ayam nak di mesin.... agak-agak Ayah Aji  Bila dah empok, mereka di panggang ke api... atas bawah kiri kanan... semua arah

(ثُمَّ قِيلَ لَهُمْ أَيْنَ مَا كُنْتُمْ تُشْرِكُونَ)
[Surat Ghafir 73]

Kemudian selepas di panggang, mereka di tanya oleh Malik Zabaniah.

Mana dia nabi-nabi wali-wali malaikat-malaikat yang kamu dulu puja sembah maulud selawat-selawat rekaan joget-joget kerana memuja roh orang mati masa di dunia dulu... mana mereka tak tolong kamu

Yang kamu dulu di dunia menyekutukan Allah dengan mereka-merka ini??


(مِنْ دُونِ اللَّهِ ۖ قَالُوا ضَلُّوا عَنَّا بَلْ لَمْ نَكُنْ نَدْعُو مِنْ قَبْلُ شَيْئًا ۚ كَذَٰلِكَ يُضِلُّ اللَّهُ الْكَافِرِينَ)
[Surat Ghafir 74]

via @QuranAndroid

Selain daripada Allah dengan tujuan nak rapat pada Allah serapat-rapatnya

Mereka-mereka ahli tawasul jawab. Hilang mereka daripada kami.

Bahkan sebenarnya , kami dulu tak fikir sikit pun sewaktu kami seru mereka  ...tak mengaku mereka puja bukan niat nak syirik pada Allah tapi buat ibadat.

Beginilah Allah menyesatkan orang-orang yang engkar tauhid ini daripada jalan benar

So boleh digest ke apa ayah aji ajar malam ini? Adakah beroleh menfaat daripada Al Quran ini?

Bab selawat2 maulud2 qasidah2 ni ada yg merujuk hadis nabi

Wallahu a'lam

syarah 2 :

Ini sebahagian gambaran azab yg menanti bagi sesiapa yg masih lagi engkar
Bila masuk neraka...
Bagi mrk dr atas kepala2 mrk lapisan2 drp api neraka.

1/70 api neraka (N) ... utk bina langit n bumi (L n B)..
Matahari approx: 5 juta C
Api N = 70 x 5 juta = 350 juta C

Api ini dtg berlapis2 .. ke atas kepala mrk
Dan drp bawah kaki2 mrk

Makna semua arah... engulf u...
at 350 juta C... tapi tak mati

Demikian lah Allah menakut2 kan hamba2nya semua sekali
Allah kemudian pujuk segala hamba2 Nya
Wahai sekelian hamba2 Ku semua, ... berhentilah buat dosa... TAKUTLAH pd AKU

DOA AYAH AJI :


Ya Allah ya Tuhan kami. 
Kami ni baru sj tahu wahyu Mu.. sedikit aje.. 
kami akui Kamu Allah Tuhan Kami..

Ampuni lah segala dosa2 
kami dan kami bertaubat drp dosa2 kami lakukan krn kebodohan kami sendiri. 

Ya Allah. 
Ini semua murid2 ku yg ramai aku tak pernah jumpa.

Soalan2 mrk adalah krn mrk mencari kebenaran Mu.

Wahai Allah tuhan ku. 
Ampuni lah dosa2 ku dan dosa2 murid2 ku semua sekali

Begitu juga kedua ibubapa kami anak2 cucu serta zuiat kami.

Masuklah kami semua ke syurga Mu yg luas nya Langit dan Bumi

Ameen...Ameen...Ameen...